Page 271 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 271
TEMA 1
1.1.1 Mendengar dan Bertutur
Bersenam di Alam Hijau – Halaman 3
Salam sejahtera, saudara dan saudari sekalian.
Aktiviti bersenam seharusnya diamalkan oleh setiap orang. Dengan cara ini, kita boleh
mengeluarkan toksik di dalam badan melalui peluh. Kita boleh bersenam di mana-mana
sahaja. Walau bagaimanapun, bersenam di taman mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Antaranya kita bukan sahaja dapat mencergaskan badan tetapi turut menenangkan
fikiran Bersenam persekitaran ala semula jadi boleh memberikan kesejahteraan
mental kerana kita diteman tumbuh-tumbuhan hija samping it udaranya segar dan
bebas daripada hiruk-pikuk kesibukan Oleh it kita boleh bersenam dala keadaan yang
tenang.
Selain itu, badan kita akan terdedah kepada sinaran matahari terutama pada waktu pagi.
Cahaya matahari pada waktu ini kaya dengan vitamin D serta oksigen yang sememangnya
amat diperlukan oleh badan. Walau bagaimanapun, jika keadaan cuaca tidak mengizinkan,
kita tidak boleh bersenam di taman.
Saudara dan saudari,
Di taman ini, kita boleh bersenam mengikut kemampuan dan kegemaran kita. Sebagai
contoh, sekiranya kita gemar akan cabaran dan mahukan intensiti yang lebih dalam
senaman kawasan yang berbukit boleh kita daki. Jika kita lebih suka melakukan aktiviti
santai, kita boleh berjoging di sekeliling taman. Kita juga boleh mencuba alat-alat senaman
yang disediakan di taman ini.
Demikianlah sedikit penerangan daripada saya. Sudahkah saudara dan saudari
bersedia? Ayuh, kita bersenam!
TEMA 2
1.1.1 Mendengar dan Bertutur
Lentikan Emas – Halaman 16
Salam sejahtera, semua. Terima kasih kerana hadir dalam jerayawara Gimnastik Berirama
anjuran Persatuan Gimnastik Malaysia. Pada petang ini, saya akan membuat tunjuk
cara beberapa disiplin gimrama. Antara disiplin gimrama termasuklah bola, gelung, tali,
belantan, dan reben.
u
244
KPM

