Page 274 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 274
TEMA 9
1.1.2 Mendengar dan Bertutur
Fahami Celik Wang – Halaman 110
Salam sejahtera semua. Saya Puan Nurul Fadzlin binti Mohd Asri, Pengurus Besar, Bahagian
Operasi AKPK Cawangan Kota Bharu. Saya ingin berkongsi maklumat tentang AKPK. AKPK
ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2006.
Menurut kajian yang kami jalankan, kekurangan pengetahuan dalam pengurusan
kewangan peribadi merupakan sebab utama indiv terjeba dala masalah hutang
Oleh it ka menawarkan perkhidmatan kewangan berikut kepada anda:
Pendidikan kewangan
Bahan pendidikan kewangan kami mengikut pendekatan kitaran hidup. Modul tersebut
ialah Modul Pengajian Tinggi, Modul Permulaan Pekerjaan, Modul Famili dan Modul
Persaraan.
2. Kaunseling kewangan
Kami memberikan khidmat kaunseling dan panduan kepada anda tentang pengurusan
kewangan bijak dari segi belanjawan, pengurusan wang, dan penggunaan kredit.
3. Pengurusan kredit
Menerusi program pengurusan kredit, kaunselor kami akan bekerjasama dengan anda
untuk menghasilkan suatu pelan pembayaran hutang khas bagi menangani masalah
kewangan anda melalui rundingan dengan institusi kewangan.
Akhir kata, perkhidmatan kami ialah percuma dan silalah berkunjung ke cawangan yang
berdekatan untuk menyelesaikan masalah kewangan anda. Ayuh, kita amalkan pengurusan
kewangan berhemat sebagai budaya hidup!
TEMA 9
1.2.1 Mendengar dan Bertutur
Kafe Hipster Idaman – Halaman 116
Kopi merupakan perkataan bahasa Melayu. Tiam pula bermaksud kedai dalam bahasa
Hokkien. Maka kopitiam bermaksud kedai kopi. Apakah ciri-ciri kopitiam? Pertama, kerusi
kayu, kedua meja marmar, ketiga menunya, kopi hitam pekat bersama dengan roti kahwin,
iaitu roti bakar disapu kaya, dan telur rebus. Keempat, tempat minum sambil bersantai
bersama dengan kawan-kawan.
Itu dulu. Kini, ada trend baharu kopitiam di negara kita. Pernah dengar perkataan kafe
hipster? Apakah maksudnya? Hipster itu bermaksud sesuatu yang luar daripada kebiasaan.
Hipster merupakan alternatif kepada arus perdana, sama ada fesyen atau muzik atau kafe.
Maka, apa uniknya kafe hipster?
247

