Page 275 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 275

Pertama, dari segi hiasan dalamannya. Ada konsep tertentu seperti gaya moden dan
            tradisional. Kalau dahulu, susah hendak mencari tempat makan yang menitikberatkan
            hiasan dalaman dan hanya golongan kaya menikmatinya. Kini, kafe-kafe menarik ini
            mudah sahaja didapati di mana-mana.
               Keunikan kedua ialah signature. Apakah itu signature?  Signature  ialah produk atau
            ciri-ciri paten unik yang membezakannya daripada kafe lain. Keunikan tersebut diterima
            baik dan disukai oleh pengunjung. Malah, pengunjung akan kembali ke kafe berkenaan
            kerana terkenangkan signature di kafe tersebut.

               Ketiga, tentu sahaja keunikan menunya. Hidangan Barat merupakan sajian utama kafe
            hipster. Pun begitu, untuk menepati cita rasa rakyat, masakan tempatan tidak dikecualikan.
            Realitinya, pengunjung kopitiam dan kafe hipster terdiri daripada pelbagai kaum. Mereka
            menghidupkan suasana harmoni dan kadangkala mereka boleh makan di meja yang sama
            walaupun tidak mengenali antara satu sama lain. Keadaan sebegini merupakan lambang
            kepada perpaduan dan semangat muhibah antara masyarakat pelbagai kaum dan agama
            di Malaysia.



            TEMA 10
            1.3.1  Mendengar dan Bertutur
            Taman Negara Johor Tanjung Piai – Halaman 124

            Pemandu Pelancong:   Hai, adik-adik. Nama abang Syukur bin Hadrat. Nama manja Abe.
            Murid-murid:          Hai, Abe!

            Pemandu Pelancong:   Sebelum  kita  bersiar-siar  di  sini,  Abe  hendak  berpesan.  Kalau
                                  jumpa monyet, jangan bagi makanan. Jangan bermain mata
                                  dengan monyet, bimbang monyet bertindak agresif.
            Suraya:               Alahai, menakutkan!

            Pemandu Pelancong:  Ayuh, kita susuri pelantar! Pelantar ini akan membawa kita ke Jeti
                                  Tiga Negara. Adik-adik tahu tak spesies pokok di sini?

            Azlan:                Spesies pokok bakau.
            Pemandu Pelancong:  Betul tu. Masih ingat ciri-ciri pokok bakau?

            Imran:                Tumbuh di kawasan berlumpur dan berpaya.
            Pemandu Pelancong:  Ya, betul. Untuk pengetahuan adik-adik, di sinilah tempat paling
                                  subur untuk pokok bakau. Taman Negara Johor Tanjung Piai
                                  diliputi 526 hektar kawasan bakau dan 400 hektar kawasan tanah
                                  lembut  dan  berlumpur.  Terdapat  hampir  30  spesies  tumbuhan
                                  bakau di sini. Perhatikan bahawa pada setiap pokok terdapat



                                  papan  yang menerangkan nama sain  pok  tersebut.
       u
         248
        KPM
   270   271   272   273   274   275   276   277   278   279