Page 276 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 276
Aida: Paling hampir dengan saya ni pokok api-api. Yang tu pula bakau.
Sana tu perepat.
Zarul: Kawan-kawan, tengok dalam lopak air tu. Ada sesuatu yang
bergerak-gerak.
Pemandu Pelancong: Mungkin biawak air. Tidak perlu hairan kerana paya bakau
merupakan habitat pelbagai reptilia termasuk ular kapak bakau
dan ular katang tebu.
Habibah: Eh, lokan dan siput pun adalah!
Amirun: Tengok sana...
Murid-murid: Mana?
Amirun: Tu sana... Ikan apa tu? Mata besar...
Pemandu Pelancong: Itulah belacak.
Murid-murid: Ooo…
Pemandu Pelancong: Ada yang sebut ikan tembakul. Macam kisah batu belah batu
bertangkup. Kempunan nak makan telur tembakul.
Haikal: Ketam! Ketam! Ketam!
Murid-murid: Wah, banyaknya ketam!
Pemandu Pelancong: Ha... tu spesies ketam nipah. Kitaran hidup ketam nipah bermula
di paya bakau. Apabila sampai masa hendak bertelur, ketam nipah
akan pergi ke laut. Setelah menetas, anak ketam akan kembali ke
kawasan bakau.
Amirun: Kawan-kawan, tengok atas…
Murid-murid: Wah, banyaknya burung!
Pemandu Pelancong: Itu kedidi dan kedidi kaki merah. Burung yang bergantung pada
tanah lembap sebagai habitat. Sana tu burung botak. Spesies yang
semakin terancam di luar tapi masih boleh diperhatikan di Tanjung
Piai. Selamat merakamkan kenangan dan menikmati panorama
di Tanjung Piai. Terima kasih.
249

