Page 161 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 161

“Bahasa Melayu awak sangat baik,” kataku kagum.
                       “Tentulah. Bukankah saya ini pencinta bahasa Melayu? Saya kenal benar akan aspek
                    morfologi dan sintaksis bahasa ini. Pada pandangan saya juga, proses perancangan bahasa
                    Melayu sungguh baik sekali,” kata Xiao Hong.
                       Dalam cuaca yang agak berbahang pada hujung Mac, hari yang dinantikan pun tiba.
                    Semalam, ibuku sempat menjahitkan sehelai baju kurung kain kapas untuk Xiao Hong. Aku
                    membayangkan betapa manisnya gadis dari China itu berbaju kurung semasa menyampaikan
                    kata demi kata di atas pentas.
                       Namun, setengah jam aku menunggu tetapi gadis itu tidak kunjung tiba. Aku menjadi
                    resah dan gelisah. Dalam keresahan, aku melihat rakan Xiao Hong menghampiriku.
                       “Dia berlepas dengan pesawat malam tadi secara tergesa-gesa kerana datuknya sakit tenat
                    di Beijing.”
                       Xiao Hong ada mengirim e-mel kepadaku. Dia melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat
                    menyertai pertandingan deklamasi sajak itu. Sebulan selepas itu, dia memberitahu bahawa
                    datuknya telah meninggal dunia. Selepas itu, tiada sebarang e-mel daripada Xiao Hong lagi.
                    Aku tertanya-tanya.
                       Setahun telah berlalu, hujung Mac muncul kembali. Aku bagaikan terdengar setiap stanza
                    yang dideklamasikan oleh Xiao Hong dahulu. Kalaulah aku punya wang yang cukup, aku
                    mahu terbang ke negara China untuk mengetahui khabar berita tentang dirinya. Xiao Hong,
                    sang pencinta bahasa, kautiba bagaikan pelangi, berseri tetapi hanya sebentar.                TEMA 10


                                        Proses Perancangan Bahasa

                    Proses perancangan bahasa pada amnya  tersebut menjadi bahasa ilmu dan menjadi
                    meliputi empat peringkat yang utama.  bahasa pengantar di institusi pengajian.
                    Pertama ialah tahap penentuan dasar, iaitu  Matlamat ini dicapai melalui pembinaan
                    peringkat memilih bahasa untuk dijadikan  perbendaharaan kata, terutamanya istilah
                    bahasa utama. Di Malaysia, tahap penentuan  khusus dan teknikal.                              Bahasa Bugar, Sastera Kekar
                    dasar ini berlaku pada saat tercapainya         Tahap yang akhir ialah pengembangan,
                    kemerdekaan. Bahasa Melayu telah dipilih  tahap yang bertujuan untuk memantapkan
                    sebagai bahasa kebangsaan.                   penggunaan bahasa mengikut bidang
                       Tahap kedua ialah pengekodan, iaitu  atau laras tertentu, yang dicirikan dengan
                    tahap penyusunan beberapa kegiatan atau  sifat-sifat kejelasan dan keindahan. Pada
                    strategi yang bertujuan untuk menstabilkan  tahap ini, antara kegiatan yang dipentingkan
                    bahasa dan membawanya ke arah bentuk  ialah penyediaan panduan gaya bahasa
                    yang baku. Usaha ini dilakukan melalui  dan pemupukan unsur-unsur kreatif dalam
                    beberapa cara, antaranya termasuklah  penggunaan bahasa dalam karya kreatif dan
                    menghasilkan kamus, panduan ejaan,  tidak kreatif.
                    tatabahasa pegangan, dan panduan sebutan.
                       Tahap ketiga ialah pembinaan, iaitu       (Sumber:  Nik  Safiah Karim, 1989.  “Bahasa
                    tahap menyesuaikan bahasa supaya bahasa               Melayu Baku: Ke Arah Pembinaan
                                                                          Bahasa Kebangsaan yang Sempurna”
                    itu dapat memikul tugas-tugas baharu,                 dlm.  Bahasa Melayu Baku Asas
                    terutamanya untuk memperkatakan tentang               Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur:
                    bidang sains dan teknologi. Perkara ini               Persatuan Linguistik Malaysia.
                    berlaku, terutamanya apabila bahasa                   hlm. 16 - 17)

                         2.4.1  Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan
 138                         penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.                                 139
                         5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks.
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166