Page 163 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 163

Faktor-faktor Pilihan Pembaca ketika Membeli Buku di PBAKL 2017

                                                                              Kandungan
                                   Rekaan Kulit Buku
                                                                 31%
                                                   20%




                                                    12%
                                         Harga                     23%          Persembahan
                                                                                 Kandungan
                                                          14%


                                                    Penulis

                                                              (Sumber: Unit Penyelidikan Perbadanan Kota Buku)
                    Soalan 3
                    Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan yang lengkap.

                    a.  Permainan moden seperti permainan video, permainan elektronik, dan permainan              TEMA 10
                        komputer semakin diminati oleh generasi muda. Mereka semakin melupakan permainan
                        tradisional yang tidak kurang hebatnya.
                        Pada pendapat anda, apakah kelebihan permainan tradisional berbanding dengan
                        permainan moden? Jelaskan pendapat anda.
                    b.  Jiran sangat penting kerana mereka ialah sahabat kita dan orang yang akan memberikan
                        bantuan apabila kita menghadapi kesusahan.
                        Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan semangat kejiranan.                         Bahasa Bugar, Sastera Kekar
                    c.  Anda ingin menyertai pertandingan menulis rencana tentang nilai-nilai murni yang
                        terdapat dalam drama tempatan. Tulis rencana tersebut selengkapnya.


                    Soalan 4
                    Baca kedua-dua teks dengan telitinya dan jawab soalan-soalan berikutnya.

                    Petikan 1
                    ETON:       Sebab apa diberhentikan?
                    CIK PUAN:  Ah, banyak sebabnya, malas saya nak ceritakan! (Memandang dan menghadap
                                Eton dengan sungguh-sungguh). Awak tolonglah carikan kalau ada. Tapi,
                                janganlah yang lembap sangat (membuang muka). Tak ada orang gaji tak apalah,
                                kalau buat malu kita saja.
                    ETON:       (Teringat dan tersenyum sedikit) Ya, saya masih ingat tentang minum teh dengan
                                garam dulu.
                    CIK PUAN:  Bukan itu saja. Awak tak tahu, masa Encik Jamal, ketua pejabat suami saya datang
                                ke rumah, malu betul saya dibuat dek Si Minah. Awak fikirlah, sudu untuk sup
                                ditaruhnya di tempat gulai, sudu untuk gulai ditaruhnya di pinggan sup. Dahlah

 140                                                                                                     141
   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168