Page 166 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 166

c.  Gabungkan ayat-ayat dalam perenggan di bawah menjadi  tiga ayat sahaja dengan
                       mengekalkan maksudnya.
                   Sambutan hari kemerdekaan pada setiap tahun membawa makna. Makna tersebut besar
                   kepada masyarakat di negara ini. Kemeriahannya memberikan makna. Kita memiliki sebuah
                   negara. Negara itu berdaulat. Oleh itu, setiap warganegara Malaysia perlu menyambut
                   hari kemerdekaan. Sambutan ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dalam diri
                   masing-masing.


                   Soalan 6
                   Anda dan rakan menghadiri sesi temu duga pemilihan pekerja sebuah syarikat. Berdasarkan
                   peranan  dalam rajah  di bawah, jawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh penemu duga.



                                                           Calon 1
                                                           (Murid)
                                                                       Calon 2
                                                                       (Murid)

             TEMA 10                                                               Calon 3
                                                                                    (Murid)




             Bahasa Bugar, Sastera Kekar  Penemu duga






                                   (Guru)








                            •   Nyatakan latar belakang diri anda secara ringkas.
                            •   Nyatakan sebab anda berminat untuk memohon pekerjaan ini.
                            •   Jelaskan pengalaman anda dalam bidang pekerjaan yang dimohon.
                            •   Huraikan kelebihan diri anda dalam bidang pekerjaan yang dimohon.
                            •   Jelaskan pendapat anda tentang cara bekerja yang baik.
                            •   Jelaskan perancangan masa hadapan anda.











                 144                                                                                                                                                                                                  PB
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171