Page 164 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 164

serba salah Encik Jamal. Malu, malu betul saya! Entahkan kata Encik Jamal saya
                              tak tahu menghidang makanan pula. Dahlah itu, adakah patut selepas makan
                              malam dibuatnya teh? Hah, gila saya kalau lama-lama begini!
                   ETON:      Itulah, dulu Cik Leha cadangkan supaya perkumpulan kita mengadakan kursus
                              untuk orang-orang gaji kita, macam mana nak menghidangkan makanan,
                              macam mana nak menyusun hidangan, aturan-aturan selepas makan malam
                              apa, selepas makan tengah hari apa ... .
                   CIK PUAN:  Memang saya setuju benar. Kita sekarang bukan macam dulu lagi diperintah
                              orang, kita dah merdeka. Patutnya kita mesti pandai sesuaikan diri dengan
                              bangsa-bangsa yang dah merdeka. Jadi, taklah sia-sia negeri kita merdeka.
                              Cuba kalau bangsa asing tahu apa yang dibuat oleh orang gaji kita, tentu
                              diketawakannya. Itu pun entah-entah ada yang bercerita pada Mrs. Smith,
                              tentulah perempuan Inggeris itu ingat kita belum layak merdeka lagi.

                            (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada drama “Gendang Kosong” dlm. Drama-drama
                                     Pilihan Usman Awang, 1987, Dewan Bahasa dan Pustaka)



                                                         Petikan 2
             TEMA 10  Sebermula maka tersebutlah dalam Melaka pencuri terlalu buas, orang kehilangan pun tiada
                   berhenti lagi sentiasa malam. Setelah Sultan Alau’d-Din Riayat Syah mendengar pencuri
                   terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu masyghul, setelah hari malam, maka baginda pun
                   memakai cara pakaian si pencuri. Maka baginda berjalan menyamar, tiada membawa teman;
                   hanya Hang Isap dibawa baginda beserta pergi itu.
             Bahasa Bugar, Sastera Kekar  pada suatu tempat, maka baginda bertemu dengan pencuri lima orang; mengusung satu
                      Maka Sultan Alau’d-Din Riayat Syah pun berjalanlah tiga orang dengan penjawat sirih
                   santap baginda, berkeliling negeri Melaka itu, hendak melihat hal negeri itu. Setelah datang

                   candu-peti dua orang, dan yang tiga orang lagi mengiringkan dia. Maka segera diusir baginda
                   pencuri itu, setelah hampir, maka pencuri itu pun terkejut, lalu lari kelima-limanya; maka peti
                   itu pun dicampakkannya. Maka titah Sultan Alau’d-Din pada Hang Ishak, “Tunggu olehmu
                   peti ini.” Maka sembah Hang Ishak, “Baiklah, tuanku.”
                      Setelah hari siang, maka Sultan Alau’d-Din pun keluarlah semayam dihadap orang. Maka
                   Bendahara dan segala Orang Besar-besar, para menteri, sida-sida, bentara, hulubalang
                   sekaliannya hadir mengadap baginda. Maka titah Sultan Alau’d-Din pada Seri Maharaja,
                   kerana ia Temenggung, “Adakah kawal semalam?” Maka sembah Seri Maharaja, “Ada tuanku.”
                   Maka titah baginda, “Kita dengar ada orang mati dibunuh orang; di atas bukit seorang,
                   di bawah bodi seorang, dan di hujung jambatan seorang; jikalau demikian, orang yang
                   mati itu Seri Maharajakah membunuh dia?” Maka sembah Seri Maharaja, “Tidak patik tahu
                   tuanku.” Maka titah Sultan Alau’d-Din, “Sia-sialah kawal Seri Maharaja; orang mati tiga orang
                   tiada diketahui. Sekarang kita dengar pencuri terlalu ganas dalam negeri ini.”

                                (Sumber:  Dipetik daripada  Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. hlm. 173 - 174,
                                         diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad, 2000, Dewan Bahasa dan Pustaka)








                 142                                                                                                                                                                                                 143
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169