Page 282 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 282

Soalan 3
                   Di manakah bahagian-bahagian rumah yang telah dibuka disimpan?
                   Soalan 4                                                                      IMBAS SAYA
                   Semasa struktur rumah ini dibuka, apakah cara yang digunakan untuk memudahkannya
                   dipasang semula?
                   Soalan 5
                   Kalian gembira dengan pembinaan semula rumah pusaka Chow Kit?
                   Soalan 6
                   Adakah ahli-ahli persatuan ini popular setelah rumah ini dibina semula?



                   TEMA  8
                   1.3.1   Mendengar dan Bertutur
                   Kain Telepuk – muka surat 108

                   Telepuk merupakan karya seni menghiasi kain dengan serbuk berwarna emas yang
                   amat unik sekali. Berdasarkan sastera lama, telepuk bermakna bunga atau lain-lain yang
                   diperbuat daripada emas.  Seni ini banyak berkembang di negeri Pahang dan Johor suatu
                   ketika dahulu. Telepuk biasanya menghiasi baju kurung labuh Riau, kain sarung, dan kain
                   ikat kepala.
                        Penghasilan kain telepuk melalui beberapa proses, iaitu proses menenun kain,
                   membuat penerap ukiran bunga, menggerus, dan menelepuk. Kain untuk ditelepuk
                   hendaklah daripada jenis yang halus dan padat tenunannya.  Penerap atau acuan pula perlu
                   diukir dengan motif-motif tradisional secara cermat. Proses menggerus pula menggunakan
                   siput gerus, bertujuan untuk menggilap dan melicinkan kain.
                        Proses menelepuk bermula dengan menyapukan sejenis gam yang dinamakan gam
                   Arab pada lengan.  Kemudian, penerap akan ditekap pada gam di lengan dan dipindahkan
                   ke permukaan kain.  Selepas itu, serbuk emas dalam bentuk perada ditekap di atas kain
                   untuk meninggalkan kesan emas pada motif yang telah diukir.
                        Hasil kraf tekstil ini amat unik kerana motif bagi setiap jenis kain berbeza.  Bagi baju
                   kurung, motif bunga pecah lapan membentuk hiasan hati berantai digunakan. Kain sarung
                   pula dipenuhi lingkaran dan urutan motif bunga pecah empat yang berkembang kepada
                   pecah enam dan lapan.  Kain ikat kepala pula lebih berpusat kepada motif bunga cengkih
                   pecah empat bahagian dalam, dan kelopak disusun berantai serta mengarah ke dalam.
                        Kain telepuk amat menarik ketika dipakai kerana serbuk emas akan menampakkan
                   kilauan pancaran cahayanya.



















                260
   277   278   279   280   281   282   283   284