Page 280 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 280

TEMA  5
                   1.3.2   Mendengar dan Bertutur
                   Sistem Binaan Berindustri – muka surat 58
                   Sistem Binaan Berindustri merupakan sistem pembinaan yang menggunakan komponen
                   prasiap yang disediakan terlebih dahulu. Tujuan utama penggunaan sistem ini adalah
                   untuk mengoptimumkan proses kerja dan meminimumkan penggunaan kos buruh.
                   Terdapat lima jenis sistem binaan berindustri yang digunakan secara meluas di Malaysia,
                   iaitu:
                   1. Sistem Konkrit Pratuang
                   Terdapat dua jenis sistem konkrit pratuang. Pertama, komponen yang menggunakan rasuk,
                   tiang, papak, dan dinding tidak galas beban. Kebiasaannya, komponen ini dihasilkan
                   di luar tapak pembinaan dengan menggunakan mesin dan  acuan.  Kedua, dinding galas
                   beban, menawarkan sistem yang lebih mudah, iaitu papak dan dinding. Kedua-kedua
                   komponen itu boleh dikeluarkan di kilang atau dibuat di tapak pembinaan.
                   2. Sistem Kerangka Keluli
                   Sistem ini selalu digunakan untuk kerangka bumbung. Struktur keluli sesuai untuk
                   bangunan tinggi dan kebiasaannya digunakan dengan panel papak dan dinding konkrit
                   pratuang.
                   3. Sistem Acuan
                   Pembinaan dengan sistem ini menggunakan cara yang sistematik dan berasaskan
                   mekanikal. Kos dapat dijimatkan kerana panel acuan boleh digunakan semula. Sistem
                   acuan ini berasaskan keluli tetapi sejak belakangan ini aluminium dan plastik turut
                   digunakan.

                   4. Sistem Kerangka Kayu
                   Sistem ini merupakan kaedah pasang siap terawal pernah digunakan. Namun demikian,
                   kerangka  kayu  pasang siap semakin  kurang  digunakan di Malaysia  kecuali  untuk
                   pembinaan wakaf dan calet.

                   5. Sistem Blok
                   Pada asasnya sistem blok merupakan Sistem Binaan Berindustri yang berasaskan sistem
                   konkrit pratuang. Oleh sebab saiznya yang kecil, komponen ini senang untuk diuruskan.
                   Kebanyakan jenis blok tersebut juga boleh dibuat dengan mudahnya di tapak pembinaan.

                   TEMA  7
                   1.3.2  Mendengar dan Bertutur
                   NIOSH Menyantuni Sekolah  – muka surat 86
                   Kenali Program KKP di Sekolah

                   Dalam  tempoh  beberapa  tahun  yang  lalu,  terdapat  banyak kemalangan dilaporkan
                   di sekolah yang melibatkan para guru, kakitangan dan murid. Sebahagian daripada
                   kemalangan tersebut turut melibatkan kecederaan dan kematian.
                        Sehubungan  dengan  itu,  Institut  Keselamatan  dan  Kesihatan  Pekerjaan  Negara
                   telah memperkenalkan Program Keselamatan dan Kesihatan di sekolah (Program KKP
                   di sekolah) sejak tahun 2015. Hingga tahun  2018, sebanyak 50 buah sekolah telah
                   mengambil  bahagian  dalam program yang diadakan melalui  kerjasama   Kementerian
                   Sumber Manusia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.



                258
   275   276   277   278   279   280   281   282   283   284