Page 278 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 278

yang lain. Selepas dituai, petani akan memisahkan  kelopak rozel yang
                                     berwarna merah atau dikenali sebagai kaliks daripada bijinya. Kaliks
                                     akan dikumpulkan dan dijual dalam bentuk segar kepada pihak FAMA.
                   Juruhebah Radio:  Encik Arbain, di manakah petani boleh mendapatkan biji benih rozel?
                   Encik Arbain:     Petani mesti mendapatkan biji benih rozel yang dibekalkan oleh Pejabat
                                     Pertanian Daerah sahaja. Langkah ini penting untuk menjamin
                                     kualitinya.
                   Juruhebah Radio:  Oh,  begitu!  Jika  ada  pendengar  yang  berminat  untuk  memulakan
                                     penanaman rozel, apakah yang perlu dilakukan?
                   Encik Arbain:     Pertama  sekali,  mereka  perlulah  merujuk  Pejabat  Pertanian  Daerah
                                     yang terdekat dengan kediaman untuk mendapatkan maklumat dan
                                     panduan. Tetapi, petani  perlulah memastikan jenis tanah yang hendak
                                     diusahakan sesuai untuk tanaman rozel.
                   Juruhebah Radio:  Akhir  kata,  apakah  harapan  Encik  Arbain  untuk  perkembangan
                                     tanaman rozel pada masa hadapan?
                   Encik Arbain:     Saya  berharap  lebih  ramai  petani  yang  menceburkan  diri  dalam
                                     penanaman  rozel kerana tanaman ini mempunyai potensi yang sangat
                                     besar untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Saya juga berharap
                                     agar rozel terus mendapat permintaan bukan sahaja untuk industri
                                     makanan dan minuman, malahan rozel juga boleh dimanfaatkan
                                     dalam industri farmaseutikal dan perubatan juga.
                   Juruhebah Radio:   Begitulah perkongsian daripada Pegawai FAMA tentang tanaman rozel.
                                     Terima kasih diucapkan kepada Encik Arbain kerana sudi ditemu bual
                                     untuk santapan telinga para pendengar pada pagi ini. Semoga bertemu
                                     lagi dan selamat maju jaya.
                   Encik Arbain:     Terima kasih kembali.


                   TEMA  4
                   1.3.1   Mendengar dan Bertutur
                   Asam yang Manis – muka surat 45

                   Razin:   Dania, ada tonton televisyen, Saluran 5, semalam?
                   Dania:  Tidak, semalam saya agak sibuk. Ada berita menarik?
                   Razin:  Semalam ada rancangan tentang rozel. Tanaman ini sesuai untuk projek usahawan
                          tani kita.
                   Dania:  Benar, tapi saya terlepas pula rancangan itu.
                   Razin:  Jangan bimbang, Dania. Saya ada membuat catatan semasa menonton semalam.
                   Dania:  Wah, nasib baik! Boleh beritahu saya, apa yang awak catat?
                   Razin:  Boleh, Dania. Dengar. Nama saintifik rozel ialah Hibiscus sabdariffa L.
                   Dania:  Hibiscus? Rozel ada kaitan dengan bunga raya?
                   Razin:  Ya, spesies rozel sama dengan bunga raya. Rozel juga dipanggil asam paya, asam
                          kumbang, dan asam susur.
                   Dania:  Oh, begitu! Apakah kegunaan rozel, Razin?
                   Razin:  Kelopak rozel yang dipanggil kaliks boleh diproses menjadi kordial, jem, teh herba,
                          dan jus. Kaliks juga boleh dijadikan halwa dan kudap-kudapan yang enak.



                256
   273   274   275   276   277   278   279   280   281   282   283