Page 279 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 279

Dania:  Tidak sangka saya kegunaan rozel banyak rupa-rupanya.
                    Razin:  Ada lagi kegunaan rozel, Dania. Rozel cantik dijadikan tanaman hiasan.
                    Dania:  Wah, bukan sahaja cantik malahan boleh dimakan pula! Untunglah sesiapa yang
                            menanam pokok ini. Selain kaliks, bahagian apa lagi yang berguna?
                    Razin:  Daun yang muda boleh dijadikan ulam dan bahan untuk memasak asam pedas
                            dan kari. Batang pokok rozel boleh dikeringkan untuk dijadikan gentian tali yang
                            kuat.
                    Dania:  (Sambil  tertawa)  Kalau  begitu,  bolehlah  emak  saya  memasukkan  daun  rozel  ke
                            dalam asam pedas selepas ini.
                    Razin:  Tentu sedap air tangan ibu awak itu. Terliur saya. Ada lagi, Dania. Ekstrak biji rozel
                            digunakan untuk membuat kosmetik.
                    Dania:  Wah, menarik sekali!
                    Razin:  Memang menarik! Dalam bidang inovasi farmaseutikal, biji rozel dibuat gincu.
                    Dania:  Tapi,  prospek  pasaran  rozel  ini  bagaimana?  Adakah  untuk  pasaran  tempatan
                            sahaja?
                    Razin:   Menurut  Pegawai  FAMA  semalam,  rozel  mendapat  permintaan  tempatan  dan
                            antarabangsa. Misalnya, kaliks segar dibungkus secara pek dingin beku untuk
                            dieksport.
                    Dania:  Terima kasih, Razin. Maklumat ini sangat berguna.
                    Razin:  Sama-sama, Dania.

                    TEMA  4
                    1.2.1   Mendengar dan Bertutur
                    Wanita Berjiwa Perkasa  – muka surat 50
                     Biodata Tokoh PeladangNita Kebangsaan 2017
                     Hajah Zaiton binti Haji Mohd Yusof dilahirkan pada tanggal  11 Mei 1955. Wanita berjiwa
                     perkasa ini memulakan kerjaya sebagai penjawat awam di Kementerian Pendidikan
                     Malaysia. Minat  yang mendalam  dalam  dunia perladangan  dan keusahawanan
                     menyebabkan beliau meninggalkan dunia perkhidmatan awam dengan bersara awal
                     pada tahun 2009. Beliau memulakan langkah dengan  menjadi ahli Pertubuhan Peladang
                     Kawasan (PPK) Setiu dan menyertai kursus keusahawanan. Projek utama yang diusahakan
                     oleh Hajah Zaiton ialah projek Industri Asas Tani (IAT). Umpama serikandi bertulang besi,
                     berurat dawai, tokoh nan seorang ini membuktikan jiwa kentalnya dengan menceburi
                     bidang pertanian dan mengusahakan beberapa projek perladangan.
                         Antaranya, beliau mengusahakan tanaman kelapa sawit seluas empat ekar, menternak
                     lembu dan kambing secara pawah, dan menternak lebah kelulut untuk madu kelulut.
                     Kini, tokoh wanita terbilang ini menjalankan projek dan penyelidikan dengan bimbingan
                     Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Universiti
                     Putra Malaysia, Serdang untuk memproses ekstrak daun gelam dan menghasilkan minyak
                     bagi merawat sakit saraf. Pengerusi PeladangNita Negeri Terengganu ini turut bergiat aktif
                     bersama NGO dan dilantik menjadi Ketua Daerah Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia
                     Daerah Setiu.
                         Atas sumbangan yang banyak dan penglibatan aktif Puan Hajah Zaiton dalam
                     sektor  perladangan  dan  keusahawanan,  maka  beliau  dianugerahi  Tokoh  PeladangNita
                     Kebangsaan pada tahun 2017 bersempena dengan Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan
                     Kebangsaan  (HPPNK)  2017. Tahniah  diucapkan  kepada  Puan Hajah  Zaiton binti Haji
                     Mohd Yusof!

                                                                                                        257
   274   275   276   277   278   279   280   281   282   283   284