Page 137 - Matematik Tambahan Tingkatan 4 KSSM
P. 137

Janjang

                  Jujukan yang mempunyai beza sepunya, d dikenali sebagai janjang aritmetik.

                     Janjang aritmetik ialah suatu jujukan nombor dengan setiap sebutan diperoleh dengan
                     menambahkan satu pemalar kepada sebutan sebelumnya.



                  Contoh 1

                   Tentukan sama ada jujukan yang berikut ialah janjang aritmetik atau bukan.
                   Beri justifikasi anda.

                                                                  2   10
                   (a)  358, 350, 342, …                      (b)   , 2,  , 5, …
                                                                  3    3
                  Penyelesaian

                                                                         2   4
                   (a)  d  = 350 – 358 = –8                   (b) d  = 2 –   =
                        1                                         1      3   3
                       d  = 342 – 350 = –8
                        2                                            10       4
                       Jujukan ini ialah janjang                 d  =    – 2 =
                                                                  2   3       3
                       aritmetik kerana d  = d  = –8.
                                       1   2                             10   5
                                                                 d  = 5 –    =
                                                                  3      3    3
                                                                 Jujukan ini bukan janjang aritmetik kerana
                                                                 d  = d  ≠ d .                                 BAB 5
                                                                  1    2   3



                  Contoh 2
                   Sebuah auditorium mempunyai 15 buah kerusi pada baris
                   pertama, 19 buah kerusi pada baris kedua, 23 buah kerusi pada
                   baris ketiga dan seterusnya. Tentukan sama ada susunan kerusi
                   pada setiap baris mengikut janjang aritmetik atau bukan. Beri

                   justifikasi anda.
                  Penyelesaian
                   Jujukan: 15, 19, 23, …
                   d  = 19 – 15 = 4
                    1
                   d  = 23 – 19 = 4
                    2
                   Oleh sebab beza sepunya janjang ini adalah sama, iaitu 4, maka susunan kerusi pada setiap
                   baris di dalam auditorium tersebut mengikut janjang aritmetik.



                  Latih Diri 5.1
                  1. Cari beza sepunya bagi setiap janjang aritmetik berikut dan nyatakan cara janjang aritmetik
                     itu diperoleh.
                     (a)  –35, –21, –7, …                   (b)  2  3, 5  3, 8  3, …
                                                                           4
                     (c)  p + q, 2p, 3p – q, …              (d)  log  2, log  2 , log  2 , …
                                                                                  7
                                                                   a     a      a
                  5.1.1                                                                           129
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142