Page 135 - Matematik Tambahan Tingkatan 4 KSSM
P. 135

Carl Friedrich Gauss ialah seorang
                                                                   ahli matematik yang digelar Prince of
                                                                   Mathematics. Kebijaksanaannya telah
                                                                   terbukti sejak beliau kanak-kanak lagi. Pada
                                                                   usia 3 tahun, Carl Friedrich Gauss telah
                                                                   membetulkan kesilapan pengiraan yang
                                                                   terdapat pada senarai upah ayahnya. Pada
                                                                   usia 7 tahun pula, beliau dapat menghitung
                                                                   jumlah nombor 1 hingga 100 dengan pantas
                                                                   dan tepat.
                                                                            Untuk maklumat lanjut:







                                                                               bit.ly/2XSg2yk










                                                                         SIGNIFIKAN BAB INI

                                                                 Pengetahuan untuk menyelesaikan masalah
                                                                 berkaitan janjang amat penting dalam bidang
                                                                 kejuruteraan, perubatan, teknologi dan ekonomi.
                                                                 Pengetahuan tentang janjang membolehkan
                                                                 jumlah nombor yang terlalu banyak dapat
                                                                 diketahui dengan mudah.



                 Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan stadium
                 terbesar di Malaysia yang menyediakan tempat
                 duduk berbumbung untuk keselesaan para
                 penonton. Bagaimanakah kita dapat mengetahui
                 bilangan kesemua tempat duduk tanpa mengira
                 satu demi satu? Bagaimanakah bilangan tempat
                 duduk di setiap baris meningkat dari barisan       Imbas kod QR ini untuk
                 paling dalam ke barisan paling luar? Bolehkah      menonton video Stadium
                 anda bentukkan satu persamaan untuk mengira        Nasional Bukit Jalil.
                 jumlah tempat duduk dalam stadium itu?

                                                                                           bit.ly/2Vijima



                                                                                                  127
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140