Page 43 - Matematik Tambahan Tingkatan 4 KSSM
P. 43
Piring satelit mempunyai keupayaan untuk
menumpu tenaga pada titik fokus. Satelit,
televisyen, radar dan menara telekomunikasi
ialah contoh objek yang menumpu pada sifat
pantulan parabola.
Berdasarkan sejarah pada zaman
dahulu, Archimedes telah membantu tentera
Greek dengan menggunakan cermin parabola
untuk membakar kapal tentera Rom yang
ingin menawan bandar Greek, Syracuse pada
213 S.M.
Untuk maklumat lanjut:
bit.ly/2J4iw8y
SIGNIFIKAN BAB INI
Ahli astronomi menggunakan konsep fungsi
kuadratik dalam rekaan teleskop. Cermin
berbentuk parabola dapat menumpu dan
memantulkan cahaya pada suatu titik.
Dalam bidang kejuruteraan, jurutera
menggunakan aplikasi konsep fungsi kuadratik
untuk menentukan jenis beban yang dapat
ditampung oleh sebuah jambatan.
Keratan rentas bagi skateboard ramp
yang berbentuk parabola boleh dimodelkan
2
dengan fungsi kuadratik, iaitu f(x) = ax + bx + c.
Imbas kod QR ini
Untuk pengetahuan anda, bentuk dan kelebaran
untuk menonton video
suatu skateboard ramp boleh diubah suai
permainan skateboard
melalui pengetahuan fungsi kuadratik. Apakah
di Malaysia.
bentuk skateboard ramp yang terbaik dari
aspek keselamatan? bit.ly/2V2I1ys
35

