Page 10 - high performance school_Neat
P. 10

KALAM BICARA

                                                      Ketua Pengarah Pendidikan

                                                                       Malaysia




                                              Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
                                                     Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia

           Segala puji ke hadrat Allah S.W.T atas limpah rahmat dan izin-Nya diberi kesempatan kepada saya

                                      untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini.

          Sekalung taniah dan syabas saya rakamkan buat warga sekolah, khususnya sidang redaksi majlaah

    sekolah atas segala inisiatif, komitmen, kesungguhan sehingga komited, bertanggungjawab dan amanah

          dalam mengurus dunia pendidikan yang semakin mencabar. Bagi pihak Kementerian Pendidikan

                             Malaysia, segala usaha murni penerbitan majalah ini amatlah dihargai.

       Secara langsung PPPM 2013-2025 mula merentasi tahun keempat. Bagi mencapai hasrat menjayakan

        transformasi pendidikan Malaysia, semua pihak berkepentingan perlu merealisasikan perlaksanaan

      mantap (strong implementation). Peningkatan kualiti pencapaian ini, memerlukan setiap ketua jabatan

   yang mampu melaksanakan pemantauan berfokus, langkah-langkah pengawalan dan memahami apakah
        pencapaian sebenar yang disasarkan. Saya amat yakin transformasi pendidikan ini dapat dijayakan

     dengan cemerlang melalui komitmen dan dedikasi semua peringkat samada KPM,JPN,PPD dan pihak

                       sekolah sebagai agen pelaksana yang paling rapat dengan golongan sasaran.

          Akhir kata, saya amat menaruh harapan yang tinggi agar bahan penerbitan ini mampu dimanfaatkan

     oleh seluruh warga sekolah dan komuniti setempat. Marilah kita bersama-sama bersatu tekad menjadi

       warganegara yang turut menjayakan aspirasi Transformasi Pendidikan Negara melalui pelaksanaan

                                                                    PPPM 2013-2025.



                                                 DATUK DR KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF

                                                      Ketua Pengarah Pendidkan Malaysia
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15