Page 13 - high performance school_Neat
P. 13

KALAM BICARA
                                                  Penasihat Majalah Tingkatan 3




                                                               Bismillahirahmannirrahim

                                              Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

       Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta indahNya dapat saya sampaikan sepatah

    dua kata dalam majalah ini. Taniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah Tingkatan 3

   SMK Iskandar Shah kerana telah berjaya menerbitkan majalah ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga

               tingkatan 3 SMK Iskandar Shah kerana banyak membantu demi menyiapkan majalah ini.

      Selaku Penasihat Sidang Redaksi Majalh Tingkatan 3, saya berasa amat berbangga kerana sekolah ini
  telah banyak meraih kejayaan di peringkat sekolah, negeri serta kebangsaan dalam pelbagai bidang sama

    ada akademik atau pun kokurikulum. Kejayaan ini hasil daripada seluruh warga SMK Iskandar Shah dan

  diharapkan kejayaan ini diteruskan dan dikekalkan.Saya akan sentiasa memberi dorongan dan kerjasama

      bagi memastikan semua aktiviti sekolah dan program sekolah berjalan dengan lancar sekaligus dapat

                                                        meraih lebih banyak lagi kejayaan.

     Akhir kalam, semoga SMK Iskandar Shah tetap menjadi sekolah yang unggul dan dapat menempa nama

                                                      di persada antarabangsa. InsyaAllah.

                                                                            Sekian.

                                                               "SELAMAT MAJU JAYA"




                                                           PUAN NORBAYA BINTI JALIL
                                              Penasihat Sidang Redaksi Majalah Tingkatan 3
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18