Page 12 - high performance school_Neat
P. 12

KALAM BICARA
                                                     Pengarah Pelajaran Melaka






                               Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

              Terlebih dahulu, taniah diucapkan kepada sidang redaksi majalah tingkatan 3 di atas kejayaan

            menerbitkan majalah yang istimewa ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya

                                             mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini.

       Majalah sekolah merupakan medan yang dapat merakamkan pelbagai maklumat dan sejarah sekolah.

    Pelbagai sumber dapat dimuatkan dalam majalah ini dan boleh menjadi tatapan para pelajar, pada masa

         akan datang. OLeh itu, sidang redaksi majalah haruslah peka dan teliti dalam membuat pilihan isi

   kandungan majalah agar maklumat tersebut dapat memberikan manfaat kepada sekolah, masyarakat dan

     negara. Semua ini amat penting bagi membolehkan generasi akan datang berhadapan dengan cabaran

                                            era globalisasi yang menuntut jati diri yang mantap.
       Kecemerlangan sekolah yang dirakamkan dalam majalah ini tidak dapat lari daripada kerjasama warga

        sekolah yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa. Hal ini jelas menunjukkan betapa

    besarnya peranan yang perlu dimainkan di peringkat sekolah sebgai langkah awal dalam merealisasikan

                                       matlamat 1 Malaysia untuk menjana transformasi negara.

            Oleh itu, saya menyeru semua warga SMK Iskandar Shah supaya meneruskan usaha gigih tanpa

                                 mengenal erti jemu demi memastikan sekolah ini terus cemerlang.

                                                                "SELAMAT MAJU JAYA"




                                                     TUAN HAJI ABU BAKAR BIN SAHARI

                                                              Pengarah Pelajaran Melaka
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17