Page 14 - high performance school_Neat
P. 14

KALAM BICARA
                                                          Ketua Editor Majalah



                                              Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

                                                         Seutus warkah, bersulam bicara.

      Alhamdulillah dengan izin Allah, Majalah Tingkatan 3 Edisi ke-4 dapat diterbitkan dengan jayanya tahun

  ini. Majalah Elizabeth Aurora ini menggamit seribu satu memori berlandaskan rentetan peristiwa di sekolah

      ini, sudah tentu menjadi perhatian ramai. Justeru, edisi ke-4 ini telah siap dihasilkan khas buat warga
                                                          tingkatan 3 SMK Iskandar Shah.

           Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan buat Puan Norbaya Binti Jalil yang banyak membantu dan

    memberikan tunjuk ajar sepanjang proses penghasilan majalah ini. Sekalung tahniah juga ditujukan buat

    semua ahli Sidang Redaksi Sekolah 2017 yang dikenali sebagai 'The Royale Team' kerana telah banyak

       berkorban masa, tenaga mahupun wang ringgit dalam penerbitan majalah sekolah ini. Dengan hasil

    kerjasama dan penat lelah kalian, maka kalian seharusnya berbangga kerana telah menerbitkan majalah

                                                                    ini dengan jayanya.

      Saya juga amat terharu dan amat berterima kasih kepada Puan Norbaya Binti Jalil kerana telah memberi

  sepenuhnya kepercayaan kepada saya menerajui Sidang Redaksi sebagai Ketua Editor Majalah Elizabeth
  Aurora edisi ke-4 ini. Proses penghasilan majalah yang berliku-liku serta mencabar telah memberikan saya


      pelbagai pengalaman dan pengajaran kepada saya. Majalah ini bertemakan 'Royale' dan bermotokan
        'Royalty comes from what you do'. Maka saya dan rakan-rakan seperjuangan berusaha gigih untuk

   membantu mendapatkan hasil majalah agar segala usaha kami dihargai. Saya juga ingin berterima kasih

       kepada Noor Asyikeen Bt Abdul Hamid kerana telah banyak membantu ke hulu dan ke hilir mencari

                                 maklumat yang berkaitan semasa proses menjayakan majalah ini.

       Semoga edisi kali ini dapat meninggalkan nostalgia yang bermakna kepada seluruh warga tingkatan 3.

       Saya berharap agar majalah Elizabeth Aurora akan terus menyemarakkan sinarannya di masa akan

         datang dengan isi-isi yang lebih mantap. Diharapkan segala memori akan terus diabdikan sebagai

                                                                    kenangan terindah.

                                                                  Sekian, terima kasih.



                                                  AINA NATASYA BINTI KAMAROLZAMAN

                                        Ketua Editor Majalah Elizabeth Aurora Tingkatan 3 2017

                                                The Editor-in-Chief of The Royale Team 2017
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19