Page 11 - high performance school_Neat
P. 11

KALAM BICARA
                                                   Pengetua SMK Iskandar Shah






                              Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

             Terlebih dahulu, taniah diucapkan kepada sidang redaksi majalah tingkatan 3 di atas kejayaan

           menerbitkan majalah yang istimewa ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya

                                            mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini.

        Sekolah kita sudah lama dianggap sebagai penanda aras pencapaian akedemik, kokurikulum, sukan

  dan pengurusan organisasi sekolah yang tinggi bukan sahaja di negeri Melaka, bahkan di seluruh negara.
  Justeru itu, kita mestilah mencari dimensi baharu bagi meningkatkan lagi keberhasilan dan keberkesanan

                    sekolah ke tahap yang lebih gemilang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

         Perubahan dan penambahbaikkan dalam dasar pendidikan negara seperti pentaksiran berasaskan

    sekolah(PBS), kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) dan sarana sekolah yang menjadi inti perlaksanaan

  Pelan Pembangunan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak, serta

      mengaplikasikan strategi lautan biru supaya terus berdaya saing dan dihormati. Saya mengucapkan

  tahniah kerana warga sekolah dan ibu bapa telah berjaya memanfaatkan pelbagai aplikasi atas talian bagi

      melicinkan pengurusan sekolah dan maklumat pencapaian murid dengan lebih berkesan dan cekap.

  Mudah-mudahan sumbangan ikhlas tuan puan bakal memacu pendidikan di persada kecemerlangan yang
                                                                            dihajati.


             Akhir kata, semoga warga SMK Iskandar Shah sentiasa diberi kekuatan oleh Allah untuk terus
  berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek tidak kira kurikulum mahupun kokurikulum.

                                                                  Sekian, terima kasih.




                                                     HAJI ZOLKAPLY BIN YUNUS, D.S.M

                                                  Pengetua Cemerlang SMK Iskandar Shah
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16