Page 10 - Mesyuarat Agung PIBG SMK Pengkalan Kali Ke – 20
P. 10
Mesyuarat Agung PIBG SMK Pengkalan Kali Ke – 20
2.8 Puan Pengetua turut berharap anak-anak SMK Pengkalan mempunyai ciri-ciri
keterampilan diri seperti berikut ;
I. Keyakinan diri
Puan Pengetua menekankan murid perlu ada keyakinan diri. Dengan adanya
keyakinan diri yang tinggi, maka mereka dapat melangkah jauh pada masa hadapan
dan mampu berjaya walaupun kelulusan akademik mereka rendah. Pelbagai
aktiviti telah dirangka dan bakal dijalankan oleh pihak sekolah untuk membentuk
keterampilan diri murid yang unggul.
II. Adab sopan
Puan Pengetua turut menekankan kepentingan adab sopan di kalangan pelajar,
Ungkapan “Tidak guna pandai jika tiada adab” sering digunakan oleh orang ramai
merupakan aspek penting yang perlu diterapkan dalam diri murid supaya murid
menjadi individu yang cemerlang bukan sahaja dalam aspek akademik tetapi turut
cemerlang dalam akhlak dan sahsiah.
2.9 Dalam usaha ke arah kemenjadian murid, pihak sekolah telah menyediakan
persekitaran yang selesa kepada murid-murid di sekolah. Sebagai contoh, pokok-pokok
besar telah ditebang supaya dapat mengurangkan masalah pembiakan nyamuk. Selain
itu, pihak sekolah telah membeli kerusi sebanyak 200 unit pada tahun 2019 dan
tambahan 100 unit kerusi lagi pada tahun ini untuk kegunaan pelajar di dalam bilik
darjah. Tandas pelajar diperbaiki setiap tahun kerana masih berlaku vandalisme oleh
murid-murid yang gagal mengawal tingkah laku. Projek menceriakan tandas dan
kawasan sekolah akan dilaksanakan semasa cuti penggal persekolahan pertama nanti.
Sumbangan daripada dana PIBG akan digunakan bagi menampung projek yang bakal
dilaksanakan demi menyediakan kemudahan dan keselesaan semua murid.
2.10 Puan pengetua turut memaklumkan bahawa ada ibu bapa yang telah datang berjumpa
dengan beliau dan meminta penjelasan tentang keperluan membayar derma PIBG dan
bayaran tambahan oleh setiap pelajar. Pengetua mohon supaya ibu bapa atau penjaga
memahami bahawa pihak sekolah mengalami kesukaran untuk menyediakan
kemudahan infrastruktur bagi keselesaan pelajar. Ini ekoran peruntukan terhad yang
diterima oleh pihak sekolah daripada pihak kerajaan. Maka, pihak sekolah berusaha
menyediakan kemudahan dan keperluan pelajar dengan adanya sumbangan dana PIBG
tersebut. Oleh itu, Puan Pengetua amat berharap agar ibu bapa atau penjaga jelas
tentang keperluan dan kepentingan derma PIBG dan bayaran tambahan pelajar yang
dikenakan ke atas pelajar SMKP.
2.11 Puan Pengetua juga memaklumkan beberapa projek yang akan dijalankan oleh pihak
sekolah, iaitu ;
I. Laluan berbumbung dari pagar utama ke bangunan sekolah. Ia bertujuan memberi
keselesaan kepada murid daripada hujan dan panas selain mengelakkan murid
melalui kawasan padang yang akan menyebabkan kerosakan rumput di padang.
Secara tidak langsung juga, padang akan dapat dibaikpulih.
II. Taman Herba akan dinaiktaraf sebagai tempat yang sesuai untuk digunakan bagi
menempatkan pelajar semasa pelaksanaan aktiviti luar bilik darjah dijalankan. Ini
6

