Page 9 - Mesyuarat Agung PIBG SMK Pengkalan Kali Ke – 20
P. 9
Mesyuarat Agung PIBG SMK Pengkalan Kali Ke – 20
2.3 Puan Pengetua memaklumkan kelas-kelas yang menjadi penyumbang kepada
kehadiran rendah ialah 1N, 3N, 3P, 4 SKM, 4SKK, 4 SKP, 4 SKL, 5K1 dan 5K3. Puan
Pengetua amat berharap supaya ibu bapa dan penjaga dapat membantu pihak sekolah
dalam menggalakkan murid hadir ke sekolah supaya pihak sekolah juga dapat
membantu murid tersebut.
2.4 Puan Pengetua memaklumkan tiada lagi aliran sastera dan aliran sains. Mulai tahun
2020 pakej pembelajaran yang akan diambil oleh murid Tingkatan Tiga selepas PT3,
ialah Pakej Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pakej Sastera,
Iktisas dan Kemanusiaan (SK). Murid yang mengambil Mata Pelajaran Matematik
Tambahan di bawah Pakej STEM berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam
program asasi dan matrikulasi. Sekiranya murid tidak mengambil Mata Pelajaran
Matematik Tambahan, maka kursus-kursus yang ditawarkan bagi pengajian lanjutan
adalah kursus-kursus diploma dan sijil.
2.5 Pengetua mohon supaya ibu bapa dan penjaga menarik minat anak-anak mempelajari
Mata Pelajaran Matematik sejak di alam menengah rendah. Ini bertujuan memberi
peluang kepada mereka supaya mempunyai kelayakan untuk memilih Pakej Mata
Pelajaran Tingkatan Empat yang mempunyai Mata Pelajaran Matematik Tambahan.
2.6 Puan Pengetua juga memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengambil langkah
untuk menggalakkan kehadiran murid ke sekolah melalui “Program Amalan Guru
Penyayang”. Di bawah program ini, guru-guru bersama pentadbir dan Pengetua akan
berada di pintu pagar sekolah bagi menyambut kehadiran murid ke sekolah pada setiap
hari. Puan Pengetua turut memaklumkan waktu persekolahan bagi sesi 2020 seperti
ketetapan berikut ;
Sesi Pagi : 7.30 pagi
Sesi Petang : 1.10 tghari
Manakala pada hari Rabu, semua murid akan terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan
jadual persekolahan seperti berikut ;
Sesi pagi : 7.20 pagi sehingga 3.30 petang
Sesi petang :10.00 pagi sehingga 6.40 petang
Ibu bapa dan penjaga dikehendaki memastikan kehadiran murid bagi sesi pagi adalah
selewat-lewatnya pada 7.20 pagi. Puan Pengetua juga menekankan agar murid
mempunyai kesedaran tentang kepentingan menepati masa untuk hadir ke sekolah.
2.7 Pengetua memaklumkan bahawa kemenjadian murid menjadi fokus utama pihak
sekolah terhadap semua pelajar. Kemenjadian murid bukan bermaksud semua murid
harus cemerlang dalam bidang akademik sahaja. Bahkan, murid disarankan
mempunyai kredit yang boleh memberi peluang kepada mereka untuk menyambung
pelajaran sehingga tahap tertinggi. Puan Pengetua sedar tentang aras murid yang
berbeza-beza, maka Puan Pengetua berharap murid yang tidak dapat menguasai bidang
akademik dengan baik sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu dan Sejarah supaya
melayakkan mereka menerima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setelah tamat alam
persekolahan.
5

