Page 8 - Mesyuarat Agung PIBG SMK Pengkalan Kali Ke – 20
P. 8
Mesyuarat Agung PIBG SMK Pengkalan Kali Ke – 20
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN
TAMAN PINJI MEWAH 31500 LAHAT
___________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN
KALI KE-19
TARIKH : 24 FEBRUARI 2020 (ISNIN)
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SMK PENGKALAN
KEHADIRAN : 290 ORANG
Agenda :
1. Ucapan Yang Dipertua PIBG
2. Ucapan Penasihat PIBG
3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18
4. Membentang dan mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG bagi Sesi 2019/2020
5. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2019/2020
6. Membahaskan dan menerima usul
7. Hal-hal lain
8. Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020
9. Pemilihan Jawatankuasa PIBG Dan Juru Audit Dalaman Sesi 2020/2021
10. Ucapan penangguhan
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Tuan Haji Asmadi Bin Mohamad selaku Yang Dipertua PIBG Sesi 2019/2020
mengucapkan terima kasih kepada para pentadbir, guru-guru, AJK PIBG dan ibu bapa
kerana dapat meluangkan masa hadir ke sekolah untuk mengikuti Mesyuarat Agung
PIBG pada petang ini.
1.2 Beliau mengucapkan syukur dan mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan guru dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19.
2.0 Ucapan Penasihat
2.1 Puan Pengetua mengalu-alukan kehadiran YDP, semua AJK PIBG dan mengucapkan
ribuan terima kasih atas keprihatinan semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa
untuk hadir ke mesyuarat pada kali ini.
2.2 Puan Pengetua memohon kerjasama ibu bapa dalam memastikan kehadiran murid ke
sekolah dan pihak sekolah turut mengambil tindakan untuk meningkatkan kehadiran
murid ke sekolah. Puan Pengetua memaklumkan berdasarkan data kehadiran pada
Januari 2020 daripada 969 murid, purata kehadiran adalah 86.45 peratus pada setiap
hari. Anggaran seramai 103 orang pelajar tidak hadir ke sekolah dan purata murid yang
tidak hadir bagi setiap kelas mencecah 2-3 orang.
4

