Page 11 - Mesyuarat Agung PIBG SMK Pengkalan Kali Ke – 20
P. 11
Mesyuarat Agung PIBG SMK Pengkalan Kali Ke – 20
kerana, kawasan sekolah agak kecil dan keluasan yang terhad maka sekolah
mengalami masalah kekurangan tempat apabila menjalankan aktiviti di luar bilik
darjah.
2.12 Puan Pengetua juga mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan
tahniah serta mengucapkan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa PIBG
2019/2020 yang dipimpin oleh Tn. Hj. Asmadi Bin Mohamad dan jawatankuasa
pengelola yang terlibat dalam mambantu merealisasikan Mesyuarat Agung Persatuan
Ibu Bapa dan Guru SMK Pengkalan Kali Ke - 19.
3.0 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-19 Sesi 2019/2020
3.1 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 telah dibentangkan oleh
Setiausaha Kehormat PIBG 2019/2020 iaitu Pn. Nor Fatihah Binti Hashim, Encik Azza
Feroz Bin Abdull Azih mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-18 diterima dan
disokong oleh Puan Nor Fazlinda Binti Norman.
3.2 Setiausaha PIBG 2019/2020, Pn. Nor Fatihah Binti Hashim membentangkan Laporan
Aktiviti PIBG bersama SMK Pengkalan 2019. Tiada perkara berbangkit.
3.3 Pembentangan Penyata Kewangan PIBG Berakhir pada 31 Disember 2019
dibentangkan oleh Bendahari Kehormat PIBG Sesi 2019/2020, Cik Wan Najihah Binti
Wan Ibrahim. Pn. Zainatul Aida Binti Ismail telah mencadangkan agar penyata
kewangan ini diterima dan disokong oleh Pn. Norhaisham Binti Mohamad Nordin.
3.4 Menerima dan membahas usul.
Usul Pertama:
Pn. Zakiah Binti Ariffin (Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pengkalan) mencadangkan
agar derma PIBG dan bayaran tambahan pelajar disemak semula bagi Sesi Persekolahan
2020/2021.
Derma dan Bayaran Tambahan PIBG 2019
BIL TINGKATAN DERMA PIBG ICT PPA JUMLAH
1. P/Khas RM 30.00 RM 10.00 - RM 40.00
2. Tingkatan 1 RM 30.00 RM 10.00 RM 20.00 RM 60.00
3. Tingkatan 2 RM 30.00 RM 10.00 RM 20.00 RM 60.00
4. Tingkatan 3 RM 30.00 RM 10.00 RM 30.00 RM 70.00
5. Tingkatan 4 RM 30.00 RM 10.00 RM 20.00 RM 60.00
6. Tingkatan 5 RM 30.00 RM 10.00 RM 40.00 RM 80.00
7

