Page 12 - Mesyuarat Agung PIBG SMK Pengkalan Kali Ke – 20
P. 12

Mesyuarat Agung PIBG SMK Pengkalan Kali Ke – 20

                         Cadangan Derma dan Bayaran Tambahan PIBG 2020


                    BIL      TINGKATAN          DERMA PIBG         ICT           PPA           JUMLAH
                        1.    P/Khas            RM 50.00                -             -        RM 50.00
                        2.    Tingkatan 1       RM 50.00                -             -        RM 50.00
                        3.    Tingkatan 2       RM 50.00                -             -        RM 50.00
                        4.    Tingkatan 3       RM 50.00                -        RM 30.00      RM 80.00
                        5.    Tingkatan 4       RM 50.00                -             -        RM 50.00
                        6.    Tingkatan 5       RM 50.00                -        RM 40.00      RM 90.00


                    Pn. Tom Binti Abdul Hamid mewakili ibu bapa menerima usul yang dicadangkan.


                     Usul Kedua:

                     Mencadangkan pihak kantin sekolah menjual makanan yang mencukupi untuk pelajar
                     semasa waktu rehat.

                       Pencadang: Pn. Zayuzi Binti Wan Ahmad

                     Pn. Noranida Binti Ahmad (Pengetua SMK Pengkalan) akan meminta pengusaha kantin
                     menyediakan makanan yang mencukupi untuk semua pelajar. Puan Pengetua meminta
                     ibu bapa menasihati anak-anak supaya tidak membeli makanan yang dijual di luar pagar
                     sekolah. Ini kerana pihak kantin mengalami kerugian apabila menyediakan makanan
                     yang banyak tetapi tidak dibeli oleh pelajar.


                     Usul Ketiga:

                         Mencadangkan  waktu  urus  niaga  koperasi  sekolah  dilanjutkan  sehingga  petang.
                     Pembelian buku kerja juga tidak dimasukkan dalam senarai barangan yang perlu dibeli
                     pada awal tahun. Banyak buku kerja yang perlu dibeli selepas sekolah dibuka.

                         Pencadang: En. Nohasnizam Bin Alang

                     En. Azza Feroz menegaskan bahawa pihak koperasi sekolah telah mengedarkan senarai
                     buku  semasa  hari  pendaftaran  tingkatan  1  dan  sebelum  cuti  sekolah  bagi  pelajar
                     tingkatan yang lain. Pihak koperasi juga telah menyenaraikan buku mengikut keperluan
                     pelajar bagi tahun 2020.

                     En. Azza Feroz menjelaskan waktu urus niaga koperasi sekolah adalah dari pukul 8.00
                     pagi  sehingga  12.00  tengahari  selama  seminggu  pada  waktu  cuti  sekolah  yang  lalu.
                     Pihak koperasi pernah menjalankan urusniaga selama sebulan bagi tahun sebelumnya
                     tetapi tidak mendapat sambutan daripada ibu bapa.







                                                                                                             8
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17