Page 29 - e-BUKU PENGURUSAN SEMESDI 2020
P. 29

HAK CIPTA TERPELIHARA SM SAINS DUNGUN©
                               HAK CIPTA TERPELIHARA SM SAINS DUNGUN©


                       PENGURUSAN SEMESDI                                                     2020

                             PROSEDUR STANDARD OPERASI SEKOLAH (SOP)


               1.     ARAHAN AM

                        1.1    Selaku  pegawai  kerajaan,  guru  dan  anggota  kumpulan  pelaksana  adalah
                               tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan.
                               Oleh  itu  semua  guru  dan  anggota  kumpulan  pelaksana  dikehendaki
                               membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut.
                        1.2    Guru  juga  hendaklah  menghayati  tatasusila  profesion  keguruan  dan
                               menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan satu pekerjaan atau mata
                               pencarian semata-mata.
                        1.3    Guru  dan  anggota  kumpulan  pelaksana  juga  hendaklah  mengamalkan  dan
                               menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.
                        1.4    Guru  dan  anggota  kumpulan  pelaksana  juga  hendaklah  mengamalkan  dan
                               menghayati  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan  dan  Matlamat  Pendidikan
                               Kebangsaan.
                        1.5    Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri
                               dalam menjalankan tugas.
                        1.6    Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada
                               di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
                        1.7    Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
                               menjalankan tugas.
                        1.8    Kawasan sekolah adalah KAWASAN LARANGAN MEROKOK.
                        1.9    Sebarang jualan langsung adalah dilarang di sekolah.

               2.     KEDATANGAN

                        2.1    Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
                        2.2    Guru  hendaklah  berada  di  kawasan  sekolah  10  minit  sebelum  waktu
                               persekolahan bermula.
                        2.3    Menanda kedatangan semasa hadir dan balik/pulang.
                        2.4    Kegagalan menanda kedatangan dianggap guru-guru dan anggota kumpulan
                               pelaksana tidak bertugas pada hari tersebut
                        2.5    Semua  urusan  peribadi  guru  dan  anggota  kumpulan  pelaksana  hendaklah
                               dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.

               3.     TIDAK HADIR KE SEKOLAH

                        3.1    Guru-guru  yang  tidak  hadir  sekolah  hendaklah  memaklumkan  kepada
                               Pengetua/ Penolong Kanan seberapa segera atau catatkan pada buku rekod.
                        3.2    Guru  Tingkatan  dan  Guru  Mata  Pelajaran  hendaklah  menentukan  semua
                               murid (kecuali yang sakit dan yang mendapat kebenaran khas) berada dalam
                               kelas pada waktu belajar. Murid-murid yang ponteng kelas hendaklah dicatat
                               pada Buku Kawalan Kelas dan dilaporkan kepada Guru Disiplin atau Penolong
                               Kanan (HEM).
                        3.3    Apabila murid-murid mengikuti mata pelajaran Sains, Kemahiran Hidup, Seni
                               Visual, PJK dan masa perpustakaan, guru berkenaan hendaklah memastikan
                               bahawa  murid-murid  tersebut  hadir  di  tempat  yang  sepatutnya  mereka
                               berada.


                                                                                                               27
                   “SAINS DUNGUN SENTIASA DI DEPAN”   “Sains Dungun Is Always A Step Forward”
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34