Page 30 - e-BUKU PENGURUSAN SEMESDI 2020
P. 30
HAK CIPTA TERPELIHARA SM SAINS DUNGUN©
HAK CIPTA TERPELIHARA SM SAINS DUNGUN©
PENGURUSAN SEMESDI 2020
4. GURU GANTI
4.1 Guru ganti harian hendaklah bertugas mengikut masa yang ditetapkan.
4.2 Tugas guru ganti adalah tugas rasmi. Kegagalan menjalankan tugas ini adalah
boleh dianggap sebagai ingkar perintah.
5. TANDA NAMA / KAD ID
5.1 Semua guru dan anggota kumpulan pelaksana hendaklah memakai tanda
nama pada hari persekolahan/ majlis rasmi di sekolah/ luar sekolah dan kad
ID kecuali luar sekolah
6. KELUAR WAKTU MENGAJAR
6.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu
mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau
arahan daripada KPM,BPSBPSK, JPNT, atau PPD dengan syarat mendapat
kebenaran Pengetua terlebih dahulu.
6.2 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis
untuk murid melalui Penolong Kanan/ Guru Ganti
6.3 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam
Buku Rekod Keluar serta ditandatangani oleh Pengetua atau Penolong Kanan.
6.4 Guru yang meninggalkan sekolah untuk urusan peribadi melebihi 4 jam
dianggap tidak bertugas pada hari berkenaan atau cuti.
7. BILIK GURU
7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru.
7.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
hendaklah dianggap ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh
itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara
perkara yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran (Pekeliling
Ikhtisas bil.3/1981).
7.3 Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru tanpa
urusan.
8. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
8.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka
bolehlah berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua.
8.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran boleh berurusan
dengan Guru Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran atau Penolong
Kanan.
28
“SAINS DUNGUN SENTIASA DI DEPAN” “Sains Dungun Is Always A Step Forward”

