Page 31 - e-BUKU PENGURUSAN SEMESDI 2020
P. 31
HAK CIPTA TERPELIHARA SM SAINS DUNGUN©
HAK CIPTA TERPELIHARA SM SAINS DUNGUN©
PENGURUSAN SEMESDI 2020
9. TUGAS PROFESIONAL DAN TUGAS KHAS LAIN
9.1 Guru akan diberikan tugas-tugas berbentuk Kurikulum, HEM, Kokurikulum
dan Pentadbiran. Mereka mestilah melaksanakan tugas-tugas tersebut
dengan iltizam, dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
9.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan guru
hendaklah akur akan arahan.
9.3 Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarah guru lain melaksanakannya
tanpa arahan Pengetua, jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas
persetujuan bersama maka perkara tersebut mesti dimaklumkan kepada
Pengetua.
10. e-REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR
10.1 Setiap guru akan menyediakan e-Rekod Persediaan Mengajar (eRPM) dan
bertanggungjawab terhadap keselamatan eRPM tersebut. Semua butiran
hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. eRPM akan
disemak oleh pihak pengurusan setiap hari khamis secara online.
10.2 Jika seseorang guru bercuti, eRPM hendaklah diambil alih oleh guru ganti.
10.3 eRPH hendaklah dicetak sebelum pencerapan oleh mana-mana pihak.
10.4 eRPM hendaklah diuruskan dengan baik dan dijadikan sebagai SKT guru.
10.5 Kegiatan tambahan hendaklah dicatatkan di dalam eRPM dengan tulisan
berwarna merah.
10.6 Aktiviti luar/ sumbangan luar perlu ditulis untuk mendapatkan 1% hingga 5%
markah prestasi.
10.7 Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran mesti dicatat refleksi/ penilaian
dalam bentuk peratus.
10.8 eRPM boleh dibuat salinan sebagai langkah keselamatan untuk dokumentasi.
11. SURAT MENYURAT
11.1 Semua surat menyurat rasmi kepada KPM,BPSBPSK, JPNT, atau PPD atau
Jabatan lain yang melibatkan diri guru dengan sekolah hendaklah dibuat
melalui sekolah.
12. PELAWAT
12.1 Semua pelawat mestilah berjumpa dengan Pengetua/ Penolong Kanan
terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma
atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.
12.2 Sebelum melayan seorang tetamu, guru hendaklah memastikan pelawat
tersebut mendapat kebenaran daripada Pengetua atau wakilnya terlebih
dahulu.
12.3 Ibu bapa/penjaga atau guru yang ingin membawa keluar anak/murid dari
kawasan sekolah mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua
atau Penolong Kanan HEM terlebih dahulu.
29
“SAINS DUNGUN SENTIASA DI DEPAN” “Sains Dungun Is Always A Step Forward”

