Page 120 - bm tahun 6 1
P. 120
Menulis
Baju Melayu Audio syair
Baju Melayu
Selepas menonton pertunjukan busana tradisional, Irfan mendapat idea untuk
menulis Syair Busana Melayu.
Syair Busana Melayu
Baju Melayu busana tradisi,
Kini dibuat pelbagai versi,
Sejarah lama telah diwarisi,
Rekaan asli tersirat isi.
Baju Melayu berbutang lima,
Cekak musang jenis pertama,
Teluk belanga pilihan bersama,
Berkancing satu tidaklah sama.
Kekek dijahit di bawah lengan, kekek
Menutup bentuk badan dan tangan,
Badan yang sasa bukan tayangan,
Sifat malu menjadi pegangan. pesak
Pesak namanya bahagian tepi,
Dijahit panjang kemas dan rapi,
Kembanglah baju besarnya sipi,
Rasa selesa tertunai impi.
Samping dipakai sungguh bermakna,
Segak bergaya anak teruna,
Songkok di atas pelengkap busana,
Budaya disanjung lengkap sempurna.
Nukilan: Irfan Nabil
Aktiviti
Tulis teks syair yang diimlakkan.
Nota Guru
• Bimbing murid mendengar teks syair.
3.2.4 • Bimbing murid menulis teks syair yang diimlakkan.
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Melaksanakan 111
EMK: Bahasa PAK-21: Permainan Telefon Rosak

