Page 119 - bm tahun 6 1
P. 119

Membaca


                                   Muzikal Tradisional India
                                   Muzikal Tradisional India

           Irfan dan Prasad menonton persembahan muzikal tradisional India.




















           Prasad:  Irfan,  kakak  saya,  Nithiya,  sedang  bersedia  di  atas  pentas  untuk
                     memulakan persembahan pada malam ini.
           Irfan:    Wah, hebatnya kakak kamu! Apakah alat muzik yang akan dimainkannya?
           Prasad:  Dia akan bermain tambura, Irfan. Tambura ialah alat muzik bertali. Cuba
                     kamu dengar petikannya.
           Irfan:    Wah, bunyi dengungnya membuatkan saya rasa tenang! Inilah bunyi
                     yang selalu saya dengar dalam filem-filem India.  Mersik bunyinya
                     terngiang-ngiang di telinga saya.
           Prasad:  Betul, Irfan. Cuba teka di sebelah kanan kakak saya itu alat muzik apa?
           Irfan:   Itu senang sahaja, Prasad. Itu ialah tabla. Saya suka akan bunyi tabla
                     kerana bunyinya amat mengasyikkan.
           Prasad:  Pemain tabla perlu mengetuk tabla mengikut tempo yang telah ditetapkan.
           Irfan:    Jadi, mereka pasti menggunakan metronom untuk menetapkan tempo.
                     Bagaimanakah pula kakak kamu menjaga tambura?
           Prasad:  Kakak saya sangat teliti menjaga tambura. Dia akan menala tamburanya
                     dengan menggunakan aplikasi yang terkini. Dia juga menyimpannya
                     di dalam kotak khas.
           Irfan:    Terima kasih kerana mengajak saya menonton persembahan ini, Prasad.
                     Saya memang meminati genre muzik klasik.
           Prasad:  Sama-sama, Irfan.

               Aktiviti

           Baca dan rujuk perkataan yang berwarna merah dalam kamus dan
           media elektronik.
                     Nota Guru
                         •  Bimbing murid membaca teks dan mengenal pasti perkataan.
                   2.1.2  •  Bimbing murid mencari makna, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang
          110              tepat dengan merujuk kamus serta media elektronik.
                           Strategi PdP: Belajar Cara Belajar    KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
                           EMK: Nilai Murni – Menghargai budaya
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124