Page 42 - bm tahun 6 1
P. 42

Menulis

                                   Kempen Kebersihan Tandas
                                   Kempen Kebersihan Tandas
             Izzah menulis laporan tentang lawatan ke Majlis Perasmian Kempen Kebersihan
             Tandas.



                   Laporan Lawatan ke Majlis Perasmian Kempen Kebersihan Tandas

             Pada  19 Februari yang lalu, 20 orang ahli serta guru pembimbing Kelab
             Doktor Muda telah menghadiri Majlis Perasmian Kempen Kebersihan Tandas
             di Putrajaya.
                Lawatan  itu  untuk  mendedahkan  isu-isu  kebersihan  kepada  ahli  Kelab
             Doktor  Muda.  Selain  itu,  lawatan  itu  juga  bertujuan  untuk  mendedahkan
             cara-cara terbaik bagi menjaga kebersihan tandas.
                Semasa di sana, kami diterangkan penggunaan pencuci  antibakteria.
             Pencuci ini perlu diletakkan di dalam tangki tandas. Apabila tangki dipam, air
             yang bercampur dengan bahan antibakteria dapat menghilangkan kotoran
             dan bau busuk pada mangkuk tandas.
                Selepas itu, kami mendengar ceramah tentang teknologi  flushometer.
             Teknologi ini mengurangkan punca pembiakan nyamuk kerana air tidak ditadah
             atau disimpan di dalam tangki. Lantai tandas juga akan lebih bersih apabila
             tiada air yang bocor atau melimpah dari tangki tandas.
                Akhir sekali, kami menonton video tentang penggunaan  bidet terkini.
             Penggunaan bidet lebih bersih kerana dapat mengurangkan sentuhan pada
             mangkuk tandas. Cara ini dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman.
                Lawatan itu selesai pada pukul 2:00 petang. Kesimpulannya, lawatan itu
             telah memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada para peserta untuk
             sentiasa menjaga kebersihan.


             Laporan disediakan oleh,                                                        21 FEBRUARI 20  .
                  Izzah

             (IZZAH BINTI FAIZAL)
             Setiausaha,
             Kelab Doktor Muda,
             SK Seri Permai.







                 Aktiviti

            Tulis teks laporan yang diimlakkan.

                 Nota Guru
                     • Bimbing murid mengenal pasti ejaan dan sebutan perkataan yang berwarna merah.
              3.2.4  • Bimbing murid menulis teks prosa yang diimlakkan.
                       Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual       KBAT: Mengaplikasi − Melaksanakan   33
                       EMK: Nilai Murni − Kebersihan fizikal dan mental
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47