Page 41 - bm tahun 6 1
P. 41

Membaca


                                     Penjagaan Diri Remaja
                                     Penjagaan Diri Remaja
           Izzah ingin mengetahui panduan penjagaan kebersihan diri. Dia melayari
           laman sesawang untuk mendapatkan maklumat tersebut.




                Enam Panduan Penjagaan Kebersihan Diri untuk Remaja
           Memelihara Kulit
           Cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai. Kulit remaja sangat sensitif
           dan mudah ditumbuhi jerawat. Kulit yang kering juga akan kelihatan lesu.
           Memberus Gigi
           Semasa  memberus  gigi,  jangan  lupa  memberus  kawasan  lidah  untuk
           membersihkannya daripada sisa makanan. Kebersihan gigi penting agar
           nafas kamu sentiasa segar dan tidak berbau.
             Membersihkan Badan
           Gosok badan dengan menggunakan berus atau span untuk membuang
           sel-sel kulit mati ketika mandi. Gunakan sabun yang sesuai dengan kulit kamu.
           Mengawal Bau Badan
           Gunakan  pewangi  badan  dan  produk  antipeluh  yang  sesuai  untuk
           menghilangkan bau badan. Perubahan hormon dalam diri remaja
           menyebabkan masalah bau badan.

           Membersihkan Rambut
           Cuci rambut dua atau tiga kali seminggu.  Rambut yang tidak sihat  akan
           menghasilkan kelemumur yang menjadi punca keguguran rambut dan
           rambut yang berbau.

           Membersihkan Kuku
           Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek bagi mengelakkan kuman dan
           kotoran berkumpul. Berhati-hati semasa mengetip kuku agar kamu tidak
           mendapat penyakit cekam.
                                                (Sumber: Buku Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 6, 2015,
                                                                Dewan Bahasa dan Pustaka)
                           Rumusannya, untuk memastikan
                           penjagaan kebersihan diri remaja
            kandungan   info    qr code    standard   ar code
                           sempurna, mereka perlu ____.
                                           pembelajaran
                Aktiviti
           Baca teks dan buat rumusan.
            minda aktif  laman kreatif  uji minda   kbat
                     Nota Guru
                         Unit
                          • Bimbing murid membaca, memahami, dan menaakul bahan multimedia.
                   2.2.1  • Bimbing murid membuat rumusan.
           32               Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme   KBAT: Menganalisis − Menilai
            nota guru  laman halaman rangsangan
                            EMK: Nilai Murni − Bertanggungjawab
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46