Page 89 - bm tahun 6 1
P. 89

Tatabahasa


                                         Karya Perpaduan
                                         Karya Perpaduan
           Izzah dan rakan-rakannya berminat untuk menyertai Peraduan Video Pendek
           Perpaduan yang dianjurkan oleh Panitia Sejarah. Mereka meneliti iklan yang
           dipaparkan dalam laman Facebook sekolah.



                                     PERADUAN                            Hadiah Pemenang

                                    VIDEO PENDEK                           Hadiah Pertama
                                                                              RM250.00
               Tarikh tutup             #PerpaduanKita                      Hadiah Kedua
                                                                              RM150.00
               penyertaan
               27 Mei 20                      Anjuran                      2 Hadiah Ketiga
                                          Panitia Sejarah                     RM100.00
                                          SK Seri Permai
                                                                          6 Hadiah Sagu Hati
                 Maklumat Peraduan                                            RM50.00
                 • Peraduan ini terbuka kepada semua murid SK Seri Permai.
                 • Peserta peraduan mestilah berkumpulan untuk menggalakkan murid
                   bekerjasama.
                 • Sediakan video pendek yang berdurasi empat hingga lima minit sahaja.
                 • Hasilkan video pendek yang menggambarkan perpaduan dengan memilih
                   salah satu tajuk yang berikut:
                          Ikatan Cemerlang     Gemerlap Harmoni     Kesinambungan
                          Negara Gemilang    Gelanggang Muhibah       Perpaduan
                 • Muat naik video tersebut ke akaun Facebook sekolah dengan meletakkan
                   tanda pagar #PerpaduanKita.
                 • Daftarkan penyertaan anda dengan menggunakan borang Google
                   menerusi pautan http:bit.ly/perpaduankita.
                 Pemilihan Pemenang
                 • Pemenang ditentukan berdasarkan kriteria yang berikut:
                    – kreativiti semasa mempersembahkan video pendek
                   – kebolehan ketika mengetengahkan karya yang asli

                 Ayuh, hasilkan mahakarya              Jika ada ketidakfahaman atau pertanyaan
                anda! Kami menantikannya.              tentang peraduan ini, hubungi Cikgu Rizal
                                                                  (010-3456789)


               Aktiviti

           Cam dan kategorikan pelbagai kata berimbuhan. Kemudian, bina dialog
           dengan menggunakan kata tersebut.
                     Nota Guru
                          • Bimbing murid mengenal pasti pelbagai kata berimbuhan.
                   5.2.1  • Bimbing murid membina dialog dengan menggunakan pelbagai kata berimbuhan.
           80               Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme   KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
                            EMK: Nilai Murni – Perpaduan          PAK-21: Satu Tetap Tiga Lilau
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94