Page 177 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 177

Faktor-faktor Penyebaran Islam


                     Agama Islam mudah disebarkan dan diterima oleh masyarakat disebabkan beberapa
                     faktor. Antaranya termasuklah:

                      Kesyumulan Islam
                        Keseimbangan rohani dan jasmani menjadikan Tamadun Islam berjaya membentuk
                        masyarakat yang maju.
                        Islam tidak menolak kemajuan di dunia  dari segi pembandaran dan pembangunan
                        ekonomi, di samping mendidik akhlak yang baik.

                      Prinsip keterbukaan
                        Prinsip keterbukaan dan toleransi membolehkan Tamadun Islam diterima umum.

                      Prinsip kesaksamaan
                        Tamadun Islam berdiri atas prinsip kesaksamaan  dan keadilan.
                        Kewujudan  pelbagai  bangsa  dan  bahasa  di  dunia  berjaya  membentuk  ummah
                        yang bersaudara.

                     Dakwah
                        Pendekatan berdakwah secara bijaksana dan berdiplomasi telah berjaya menarik
                        masyarakat lain untuk memeluk Islam.


                     Hubungan diplomatik
                        Hubungan  diplomatik  antara  kerajaan  Islam  dengan negara-negara  lain,  seperti
                        di Eropah telah menarik minat orang Eropah untuk mengikuti perkembangan Islam.

       LAUT KASPIA
                     Perdagangan
                        Kegiatan  perdagangan  dan hubungan yang baik  antara  pedagang Arab dengan
                        pedagang negara luar di Asia dan Afrika, menyebabkan Islam mudah diterima
                        di negara tersebut.


                     Pembukaan wilayah baharu
       LAUT PARSI
                        Sejak  zaman  Khulafa  al-Rasyidin  berlaku  pembukaan  wilayah  baharu  yang
                        menyebabkan agama Islam semakin tersebar. Contohnya, Iraq, Syam (Syria) dan
                        Mesir.




                       Jelaslah  bahawa  peranan  Nabi  Muhammad  SAW dalam  menyebarkan  Islam
                       yang diteruskan oleh Khulafa al-Rasyidin menyebabkan Islam mulai menyinari
                       dunia. Kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah pula telah
                       menyemarakkan lagi Tamadun Islam sehingga sampai ke benua Eropah, Afrika
                       dan Asia.



                                                                                                        169
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182