Page 180 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 180

Pemimpin Tentera

                  Nabi Muhammad SAW pernah menjadi  pemimpin tentera  yang berjaya berdasarkan
                  konsep jihad. Konsep jihad ini merupakan perjuangan menegakkan agama Islam yang suci,
                  mempertahankan bangsa dan tanah air. Satu unsur yang sangat penting dalam jihad ialah
                  kesungguhan dan berdedikasi melaksanakan sesuatu usaha. Oleh sebab itu, setiap umat
                  Islam digesa supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu, mempertahankan
                  maruah diri dan kesucian agama Islam.
                      Dalam  Islam,  peperangan  tidak  diizinkan  melainkan  setelah  orang  Islam  diancam,
                  demi mempertahankan agama, umat dan negara. Hal ini bagi menjaga kesucian agama
                  dan kesejahteraan manusia sejagat.  Nabi Muhammad  SAW sendiri pernah mengetuai
                  siri peperangan menentang musuh Islam, seperti Perang Badar, Perang Uhud dan Perang
                  Khandak. Ketika  berperang,  baginda  menunjukkan  sifat kepimpinan  dan akhlak  yang
                  mulia.  Tentera Islam dilarang membunuh sesuka hati dan memusnahkan tumbuhan atau
                  tanam-tanaman.  Nabi Muhammad  SAW juga mendengar  pandangan orang lain dalam
                  mengatur strategi peperangan.




                                                                                       Bukit Uhud


                                                           Barisan 10,000 tentera
                                                           musuh dari Makkah


                         Aktiviti                                         Bani Ahsya’  Bani Sulaim
                                                                            Bani Fazarah
                  Bentuk kumpulan dan                                 Quraisy
                                                                       Bani Ghatafan
                  bincangkan soalan
                  di bawah:                                                  Parit
                                                                             (Khandak)
                  1.  Berdasarkan pelan
                     Perang Khandak                                          Bukit Safa     Barisan 3000
                                                                                            tentera Islam
                     ini, apakah strategi
                     yang digunakan
                     oleh Nabi
                     Muhammad SAW?                                                            Bani Quraizah
                  2. Bincangkan                             Kawasan                Kebun
                                                                                   Kurma
                                                            pergunungan
                     kekuatan strategi                      al-Wabrah
                     tersebut.                                  Pelan Perang Khandaq yang menampakkan
                  3. Mengapakah                                 kebijaksanaan pihak tentera Islam dalam
                                                                                 Quba
                     perancangan                                mengatur strategi peperangan.
                     strategi perang yang                                            Bukit
                     berkesan diperlukan                                             Asir
                     dalam menghadapi         Strategi bertahan dengan menggali parit dalam Perang Khandak.
                     musuh?                   (Sumber: Ensiklopedia Islam untuk Pelajar Jilid 3, Kuala Lumpur: Era Visi Publication Sdn. Bhd. dan
                                              Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 2003, hlm. 94)

                 172
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185