Page 72 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 72

3.5           Zaman Prasejarah di Malaysia




                  Negara kita juga tidak terkecuali melalui Zaman                    Tahukah Anda?
                  Prasejarah. Penemuan tinggalan manusia Zaman
                  Prasejarah  menunjukkan  sejak  40,000  tahun  yang  lalu,
                  manusia telah menetap di negara ini. Tempoh itu dikenali
                  sebagai  Zaman  Paleolitik.  Setelah  zaman  itu, manusia
                  melalui  kehidupan pada Zaman  Mesolitik.  Di  Asia
                  Tenggara, Zaman Mesolitik  dikenali  sebagai  Zaman
                  Hoabinhian. Hal ini demikian kerana unsur-unsur Zaman
                  Mesolitik sebagaimana yang ditemukan  di Eropah  tidak
                  ditemukan  di  Asia  Tenggara. Sebaliknya,  penggunaan
                  alatan kerikil repih yang digunakan pada Zaman Paleolitik     Ma de l e i ne  Col a ni
                  lebih banyak ditemukan. Zaman ini juga dikenali sebagai       merupakan ahli arkeologi
                                                                                Perancis y a n g   t e l a h
                  Zaman Epi-Paleolitik. Zaman ini diikuti dengan Zaman          memperkenalkan istilah
                  Neolitik.                                                     Hoabinhian pada  Zaman
                                                                                Prasejarah Asia Tenggara
                                                                                pada tahun 1932. Hoabinhian
                                                                                diambil sempena nama satu
                                                                                tempat di utara Vietnam,
                  Lokasi Zaman Prasejarah                                       iaitu Hoa-binh.




                                                                                                                                                                  U
                                  PERLIS
                                  PERLIS
                                    THAILAND
                                   KEDAH
                                            KELANTAN
                             PULAU                                            LAUT CHINA SELATAN                                               SABAH
                             PINANG                                                                                       BRUNEI
                                                  TERENGGANU
                                     PERAK                                                                              DARUSSALAM

                                              PAHANG
                                    SELANGOR
                                                                                                                         SARAWAK
                                             NEGERI
                                             SEMBILAN
                                                                    Petunjuk
                                   SELAT MELAKA MELAKA
                                                                         Zaman Paleolitik
                                                     JOHOR
                                                                         Zaman Hoabinhian
                                                                         Zaman Neolitik
                                                        SINGAPURA
                                                                         Zaman Logam
                          Peta lokasi Zaman Prasejarah di Malaysia.
                          (Sumber: Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (ed.), Encyclopedia of Malaysia: Early History, Singapura:
                          Archipelago Press, 1998, hlm. 25)

                 64
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77