Page 78 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 78

Kesimpulan




                                        Zaman Prasejarah
                                          Zaman Prasejarah merupakan zaman sebelum manusia mengenali tulisan.
                                          Zaman ini terbahagi kepada Zaman Batu dan Zaman Logam.

                                        Lokasi Zaman Prasejarah
                                          Lokasi Zaman Prasejarah boleh ditemui di seluruh dunia. Penetapan lokasi
                                          ini sebagai lokasi prasejarah ditentukan melalui penemuan tinggalan
                                          manusia sama ada artifak atau ekofak.

                                        Ciri-ciri Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah
                                          Kehidupan manusia Zaman Prasejarah mempunyai ciri-ciri yang tersendiri
                                          dan dapat diperhatikan melalui tempat kediaman mereka, peralatan yang
                                          dibuat dan digunakan, cara mereka mengumpulkan makanan, kegiatan
                                          ekonomi, organisasi  sosial, kesenian dan kebudayaan.


                                        Kesinambungan Sumbangan Zaman Prasejarah terhadap
                                        Kemajuan Kehidupan Manusia
                                           Pelbagai aktiviti yang pernah dilakukan oleh manusia Zaman Prasejarah
                                          seperti pertanian, memburu dan menternak binatang, membuat peralatan,
                                          membuat tembikar, amalan kepercayaan dan membina monumen didapati

                                          terus dilakukan oleh manusia hari ini. Hal ini bermakna, aktiviti manusia
                                          sejak Zaman Prasejarah itu berterusan hingga hari ini.


                                        Zaman Prasejarah di Malaysia
                                          Sebagaimana kawasan-kawasan lain di dunia, Malaysia tidak terkecuali
                                          daripada melalui Zaman Prasejarah. Kehidupan manusia Zaman Prasejarah
                                          dapat ditemui di pelbagai lokasi di negara ini seperti di Lenggong (Perak),
                                          Lembah Mansuli (Sabah), Gua Niah (Sarawak) dan Gua Cha (Kelantan).



                  Bab ini telah menjelaskan tentang kepentingan Zaman Prasejarah dalam perkembangan tamadun
                  manusia.  Perubahan yang berlaku  sejak Zaman  Paleolitik  hingga Zaman  Logam  menunjukkan
                  kemampuan manusia meneruskan kelangsungan mereka dalam pelbagai keadaan. Pengalaman serta
                  keupayaan manusia melakukan inovasi serta menyesuaikan diri dengan alam sekeliling menjadi
                  asas penting yang membolehkan mereka meneruskan kehidupan. Kemahiran dan kebolehan dalam
                  menggunakan sumber semula jadi ciptaan Tuhan membolehkan peralatan yang digunakan menjadi
                  semakin  baik dari  semasa  ke semasa. Tapak  prasejarah  dan bukti  tinggalan  manusia  prasejarah
                  boleh ditemukan di pelbagai lokasi di seluruh dunia termasuk negara kita. Kepentingan zaman ini
                  wajar dikekalkan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Zaman ini menjadi titik perubahan
                  kepada pembinaan tamadun awal dunia yang akan dibincangkan dalam bab seterusnya.



                 70
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83