Page 76 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 76

Ekonomi

                  Bukti-bukti tinggalan yang ditemukan di tapak-tapak Zaman Prasejarah di Malaysia
                  menunjukkan terdapat tiga bentuk aktiviti masyarakat ini dalam bidang ekonomi.


                        Aktiviti memburu dan memungut
                        hasil hutan merupakan aktiviti
                        paling penting yang dijalankan
                        oleh masyarakat Zaman Paleolitik
                        hingga Zaman Haobinhian. Aktiviti
                        ini berbentuk sara diri sepenuhnya.

                                                               Gambaran manusia Zaman Prasejarah
                                                               menjalankan aktiviti perburuan.

                  Aktiviti penanaman padi dijalankan oleh manusia Zaman Neolitik. Antara tapak prasejarah
                  yang penting termasuklah di pinggir sungai dan lembah yang subur, seperti di Hulu
                  Tembeling, Pahang; Jenderam Hilir, Selangor; dan Lembah Nenggiri, Ulu Kelantan. Terdapat
                  juga peralatan yang dikaitkan dengan aktiviti penanaman padi, iaitu “Pisau Tembeling”
                  di Pahang. Pisau ini dikatakan digunakan ketika menuai padi. Lebihan padi pula menjadi
                  barang pertukaran dalam masyarakat ketika itu.


                                                                                                              U
                                    THAILAND
                                   PERLIS
                                   PERLIS
                                    KEDAH
                                PULAU    KELANTAN  Lembah Nenggiri  LAUT CHINA SELATAN             SABAH
                                PINANG
                                              TERENGGANU
                                     PERAK
                                                  Hulu Tembeling
                                          PAHANG
                                 Jenderam
                                 Hilir
                                     SELANGOR
                                                                                      SARAWAK
                                          NEGERI
                                          SEMBILAN
                  Pisau                 MELAKA  JOHOR
                                    SELAT MELAKA
                  Tembeling.
                               Peta kawasan penanaman padi pada Zaman Prasejarah di Malaysia.
                              (Sumber: Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (ed.), Encyclopedia of Malaysia: Early History, Singapura:
                              Archipelago Press, hlm. 48)
                          Kegiatan perdagangan
                          melalui sistem pertukaran
                          barang berlaku sama ada                                 Aktiviti: TMK
                          melalui laluan daratan
                          atau  maritim. Antara                             Dengan  bantuan  guru  sejarah
                          barang dagangan yang      Loceng gangsa yang      anda, layari laman web Muzium
                          penting termasuklah       ditemukan di Klang,     Arkeologi  Lenggong bagi
                          loceng dan gendang        Selangor.               mencari bukti kewujudan Zaman
                          gangsa.                   (Sumber: Muzium Sultan   Prasejarah di negara ini.
                                                    Alam Shah, Selangor)

                 68
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81