Page 75 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 75
Lukisan Gua dan Ukiran Batu
Bukti paling ketara tentang kewujudan manusia Zaman Prasejarah di Malaysia ialah
penemuan lukisan gua dan ukiran batu. Lukisan gua dan ukiran batu ini merupakan cara
komunikasi untuk menyampaikan maklumat tentang kehidupan mereka. Selain itu, lukisan
dan ukiran menggambarkan kehidupan harian manusia, seperti aktiviti memburu dan amalan
ritual. Lukisan gua ini biasanya menggunakan arang dan oker merah.
Cerna Minda
Dengan melayari Internet, jawab soalan
di bawah:
1. Namakan negeri bagi tapak Zaman
Prasejarah yang ditemukan lukisan gua
seperti yang disenaraikan di bawah.
Lukisan gua di Gua Niah, Sarawak. Tapak Lukisan Gua Negeri
(Sumber: Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman Gua Tambun
(ed.), Encyclopedia of Malaysia: Early History,
Singapura: Archipelago Press, 1998, hlm. 43) Gua Badak
Gua Kelawar
Ukiran Batu Gua Batu Luas
Ukiran batu banyak ditemukan di Sabah dan Gua Sireh
Sarawak, sementara di Semenanjung Malaysia, Gua Batu Puteh
hanya ditemukan di Pengkalan Kempas, Negeri Lobang Ringen
Sembilan. Kewujudan ukiran batu mempunyai Hagop Bilo
kaitan dengan budaya megalit.
2. Namakan negeri yang ditemukan
ukiran batu seperti yang disenaraikan
di bawah.
Tapak Ukiran Batu Negeri
Lemuyun
Pa Sia
Long Semadoh
Ukiran batu di Kelabit Ukiran pada batu megalit
Highlands, Sarawak, di Pengkalan Kempas, Ba Kelalan
yang dikenali sebagai Negeri Sembilan. Pa Lungan
Batu Patung.
(Sumber: Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (ed.), Encyclopedia Pa Bengar
of Malaysia: Early History, Singapura: Archipelago Press, hlm. 40) Pa Ramudu
Long Banga
Glosari Long Omok
Oker merah (hematit): bahan pewarna merah Sungai Jaong
yang diperoleh daripada batu kawi atau batu lada. Pengkalan Kempas
Budaya megalit: budaya berasaskan penggunaan
batu-batu bersaiz besar.
67

