Page 74 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 74
Teknologi
Zaman Paleolitik Zaman Mesolitik (Hoabinhian)
Selain lokasi, bukti penting
yang menunjukkan kewujudan
Zaman Prasejarah di Malaysia
ialah penemuan pelbagai
jenis peralatan. Penemuan ini
menunjukkan manusia prasejarah
di negara ini mempunyai
kemahiran menghasilkan Peralatan batu yang ditemukan Peralatan batu yang telah
dilicinkan ditemukan di Gua
peralatan batu dan logam. di Kota Tampan, Perak. Senyum, Pahang.
Peralatan ini digunakan dalam
kehidupan harian mereka
untuk memotong, menetak atau Zaman Neolitik Zaman Logam
memecahkan tulang. Penemuan
di Kota Tampan, Perak dan
Tingkayu, Sabah menunjukkan
wujud bengkel membuat
peralatan batu. Peralatan batu
Zaman Neolitik di Hulu Perak
menunjukkan manusia telah Peralatan logam yang
mampu menggilap alatan ditemukan di Klang,
tersebut. Peralatan logam yang Peralatan batu Zaman Neolitik (Sumber: Nik Hassan Shuhaimi
ditemukan di Klang, Selangor yang ditemukan di Hulu Perak, Nik Abdul Rahman (ed.),
membuktikan kewujudan Zaman Perak. Encyclopedia of Malaysia: Early
History, Singapura: Archipelago
Logam di negara ini. Press, 1998, hlm. 39)
Tembikar dan Manik
Kewujudan Zaman Prasejarah di Malaysia seterusnya dibuktikan dengan kemahiran pembuatan
tembikar dan manik. Penemuan pelbagai jenis tembikar seperti yang ditemukan di Gua Niah, Sarawak
menunjukkan manusia prasejarah di negara ini telah melakukan inovasi yang hebat. Tembikar ini
mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan corak hiasan. Selain tembikar, pelbagai jenis manik telah
ditemukan, seperti di Kuala Selinsing, Perak dan di Lembah Bernam, Selangor.
Tembikar yang ditemukan Manik yang ditemukan Manik yang ditemukan
di Gua Niah, Sarawak. di Kuala Selinsing, Perak. di Lembah Bernam, Selangor.
(Sumber: Nik Hassan Shuhaimi Nik (Sumber: Nik Hassan Shuhaimi Nik
Abdul Rahman (ed.), Encyclopedia of Abdul Rahman (ed.), Encyclopedia of (Sumber: Muzium Sultan Alam Shah,
Malaysia: Early History, Singapura: Malaysia: Early History, Singapura: Selangor)
Archipelago Press, 1998, hlm. 32) Archipelago Press, 1998, hlm. 35)
66

