Page 77 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 77

Kepercayaan

                    Bukti tinggalan masyarakat Zaman Prasejarah di negara kita juga ditemukan melalui penemuan
                    ideofak di beberapa tapak perkuburan. Masyarakat zaman tersebut mengamalkan kepercayaan dan
                    memberikan penghormatan kepada orang mati. Bukti penemuan ideofak ini menjelaskan cara hidup
                    masyarakat ketika itu.


                     Pengebumian                  Pengebumian Melentur             Pengebumian Keranda
                     Memanjang                    Gua Gunung Runtuh, Perak.        Kayu
                     Gua Cha, Kelantan.                                            Pantai Timur, Sabah.










                                                                                   (Sumber: Jabatan Warisan Negara)
                                                   (Sumber: Nik Hassan Shuhaimi
                                                   Nik Abdul Rahman (ed.), Encyclopedia
                      (Sumber: Muzium Negara)      of Malaysia: Early History, Singapura:   Pengebumian Tempayan
                                                   Archipelago Press, hlm. 54)
                                                                                   Terdapat di Sabah,
                                                                                   Sarawak dan Kampung
                    Kubur Kepingan Batu            Pengebumian Perahu              Limbongan, Terengganu.
                    Lembah Bernam, Selangor.       Kuala Selinsing, Perak.









                    (Sumber: Muzium Negara)        (Sumber: Muzium Negara)         (Sumber: Muzium Negara)

                    Selain itu, kepercayaan masyarakat Zaman Prasejarah di Malaysia turut
                    ditunjukkan melalui budaya megalit. Budaya megalit merujuk kepada
                    kewujudan batu besar yang tersusun rapi dipercayai mempunyai kaitan
                    dengan amalan kepercayaan dan ritual.


                                          Bukti penemuan sejarah
                                   seperti yang dibincangkan menunjukkan
                                 kewujudan Zaman Prasejarah di negara kita.             Replika batu megalit
                                  Sejak 40,000 tahun yang lalu, negara kita             Pengkalan Kempas,
                                telah melalui pelbagai tahap Zaman Prasejarah           Negeri Sembilan.
                                 sebelum menempuh Zaman Sejarah. Hal ini                (Sumber: Muzium Negara)
                                      menunjukkan kepentingan negara              Aktiviti: KPS
                                      kita dalam perkembangan sejarah
                                          dan tamadun manusia.                Rasionalkan penemuan pelbagai
                                                                              jenis pengebumian di atas.


                                                                                                        69
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82