Page 152 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 152
Jalankan Aktiviti 5.2 untuk membezakan sifat fizik jirim dengan sifat kimia jirim.
5.2
Tujuan: Membezakan sifat fizik jirim dan sifat kimia jirim
Arahan
1. Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Tentukan sama ada situasi-situasi di bawah merupakan sifat kimia atau sifat fizik jirim.
Kemudian, nyatakan proses yang terlibat.
Aiskrim
melebur
apabila
terdedah pada
suhu tertentu Kertas terbakar apabila
Air mendidih pada suhu 100°C dikenakan haba
Sudu besi menjadi
panas apabila
diletakkan ke
dalam air kopi
yang panas Kunci besi berkarat apabila Ubat melarut
terdedah kepada air dan udara di dalam air
3. Bentangkan hasil perbincangan anda kepada rakan-rakan dan guru.
Bagaimanakah Kita Mengelaskan Bahan daripada Pelbagai Ciri?
Air laut mempunyai rasa yang masin kerana kandungan garam di dalamnya. Apakah
perbezaan ciri antara garam dengan air laut? Garam dan air mempunyai takat didih
yang berbeza. Air tersejat menjadi wap air kerana takat didih air lebih rendah daripada
garam. Hal ini menyebabkan hanya garam yang akan tertinggal. Kita dapat mengelaskan
pelbagai jenis bahan berdasarkan ciri-ciri yang berikut:
ketumpatan takat lebur takat didih keterlarutan
Gambar foto 5.3 Garam dapat diasingkan daripada air laut melalui proses penyejatan
142
142 Bab 5
Bab 5

