Page 150 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 150

B   Tujuan: Menunjukkan bahawa udara mempunyai jisim dan memenuhi ruang
                       Bahan dan radas: Belon, jarum peniti, tali, pita                Tali
                       selofan, rod kayu.                                                          Rod
                                                                                                   kayu
                       Arahan                                                     Belon
                       1.  Tiup dua biji belon supaya mempunyai saiz yang
                          hampir sama.                                            Pita
                       2.  Tampal sekeping pita selofan pada salah satu belon.    selofan
                       3.  Gantungkan kedua-dua biji belon tersebut pada
                          sebatang rod kayu. Imbangkan kedua-dua biji              Rajah 5.2
                          belon tersebut (Rajah 5.2).
                       4.  Cucuk belon yang ditampal dengan pita selofan dengan menggunakan jarum peniti.
                          Perhatikan situasi yang berlaku.
                       Kesimpulan
                       Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada aktiviti ini?
                       Soalan
                       1.  Apabila ditiup, belon tersebut mengembang. Mengapa?
                       2.  Apakah yang terjadi pada rod kayu apabila salah satu belon tersebut dicucuk dengan
                          jarum peniti?
                       3.  Mengapakah belon yang hendak dicucuk dengan jarum peniti ditampal dengan
                          pita selofan?




                   Sifat Fizik Jirim
                   Setiap jirim mempunyai sifat-sifat fizik yang tersendiri. Apakah yang dimaksudkan
                   dengan sifat fizik? Sifat fizik ialah kualiti yang dapat dikenal pasti dengan
                   menggunakan lima deria manusia atau menggunakan alat pengukur. Sifat fizik jirim
                   bergantung pada jenis bahan yang membentuknya. Perhatikan Gambar foto 5.2. Apakah
                   bahan utama yang membentuk sebuah kayak? Bolehkah anda nyatakan sifat-sifat fizik
                   kayak tersebut? Rajah 5.3 menunjukkan beberapa contoh sifat fizik jirim.






















                                                    Gambar foto 5.2 Kayak
                    140
                    140  Bab 5
                         Bab 5
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155