Page 159 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 159

n ke
                                                                                a
                                                                               l
                                                                                       a P
                                                                                     ad
                                                                                    p
                                                                              irim
                                                                          n
                                                                         e
                                                                        P Ba
                                                                             na
                                                                           ge
                                                                          b 5: J
                                                                                                     in
                                                                                                    a
                                                                                                 n S
                                                                                                         k
                                                                                                       ifi
                                                                                                       t
                                                                                                ta
                                                                                            y
                                                                                           n
                                                                                          e
                                                                                               a
                                                                                             as
                                                                                             i
                                                                        Bab 5: Jirim
                                                                        Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                    Adakah kadar resapan dalam pepejal, cecair dan gas berbeza? Mari kita jalankan
                    Eksperimen 5.1 untuk membandingkan kadar resapan pepejal dan cecair.
                                                  5.1
                        Pernyataan masalah: Apakah perbezaan kadar resapan zarah yang berlaku dalam pepejal
                        dan cecair?
                        Hipotesis: Kadar resapan zarah adalah rendah dalam pepejal, tetapi adalah tinggi
                        dalam cecair.
                        Tujuan: Menjalankan eksperimen untuk menentukan kadar resapan kuprum(II) sulfat
                        dalam dua keadaan jirim
                        Pemboleh ubah
                        (a)  Pemboleh ubah dimalarkan: Suhu
                        (b)  Pemboleh ubah dimanipulasikan: Medium resapan
                        (c)  Pemboleh ubah bergerak balas: Kadar resapan zarah
                        Bahan dan radas: Hablur kuprum(II) sulfat, agar-agar tidak berwarna, air suling, tabung
                        uji, penyumbat getah, silinder penyukat, jam randik.
                        Prosedur
                          A   Resapan dalam pepejal
                                                                                     Agar-agar
                        1.  Sediakan radas seperti dalam Rajah 5.10.                 tidak berwarna
                        2.  Perhatikan perubahan yang berlaku selepas dua hari.
                        3.  Rekodkan pemerhatian anda.
                                                                                     Hablur
                                                                                     kuprum(II) sulfat

                                                                                    Rajah 5.10
                          B   Resapan dalam cecair

                        1.  Masukkan satu spatula hablur kuprum(II) sulfat ke dalam silinder penyukat yang
                           mengandungi 50 ml air suling (Rajah 5.11).
                        2.  Perhatikan perubahan yang berlaku selepas 15 minit.
                        3.  Rekodkan pemerhatian anda.

                                                                                       Air (jernih)






                                                                                       Hablur
                                                                                       kuprum(II) sulfat
                                                                                    Rajah 5.11



                                                                                                      149
                                                                                                      149
                                                                                                Bab 5  149
                                                                                                Bab 5
                                                                                                Bab 5
   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164