Page 154 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 154
Keterlarutan
Keterlarutan ialah kebolehan sesuatu bahan untuk Gula
melarut di dalam pelarut dan membentuk larutan.
Keterlarutan sesuatu bahan bergantung pada ciri-ciri
fizik dan kimia bahan larut dan pelarut. Oleh sebab Air kopi
bahan yang berbeza mempunyai kebolehan melarut
yang berbeza, jirim juga boleh dikelaskan mengikut
keterlarutan bahan. Sebagai contoh, kita melarutkan gula Gambar foto 5.6 Contoh bahan
(bahan larut) di dalam air kopi (pelarut) untuk diminum. larut dan pelarut
5.3
Tujuan: Mengelaskan bahan berdasarkan perbezaan ciri-ciri dari pelbagai sifat fizik
Arahan
1. Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Kelaskan bahan-bahan berikut berdasarkan ketumpatannya berbanding ketumpatan air
dan keterlarutannya dalam air.
Bahan Ketumpatan berbanding Keterlarutan dalam air
ketumpatan air
(a) Garam
(b) Ranting kayu
(c) Minyak masak
(d) Gabus
(e) Guli kaca
(f) Pasir
(g) Gula pasir
(h) Serbuk koko
3. Rekodkan hasil perbincangan anda dalam buku laporan.
5.1
1. Berikan lima contoh jirim yang berada di sekeliling anda.
2. Apakah dua sifat jirim?
3. Adakah semua hidupan ialah jirim? Terangkan pendapat anda.
4. Sarah menelangkupkan sebuah bikar kosong ke dalam
sebuah besen berisi air. Sarah mendapati bahawa air tidak
dapat memasuki bikar sepenuhnya. Apakah kesimpulan Besen
yang dapat dibuat daripada pemerhatian Sarah? Air
Bikar
5. Nyatakan perbezaan antara sifat fizik dengan sifat kimia jirim.
144 Bab 5
144
Bab 5

