Page 158 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 158

5.5

                        Tujuan: Membuat persembahan visual tiga keadaan jirim
                        Arahan
                        1.  Jalankan aktiviti secara berkumpulan.
                        2.  Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu contoh jirim iaitu jirim yang mewakili
                           kumpulan masing-masing.
                        3.  Sediakan satu persembahan Powerpoint untuk menceritakan jirim yang anda pilih.
                           Persembahan anda haruslah merangkumi perkara-perkara yang berikut:
                           (a)  sifat-sifat fizik jirim
                           (b)  susunan dan pergerakan zarah jirim
                           (c)  hubungan antara susunan dan pergerakan zarah-zarah jirim dengan sifat fizik
                              jirim tersebut.
                        Soalan
                        1.  Nyatakan kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan persembahan
                           ketiga-tiga kumpulan.
                        2.  Senaraikan beberapa contoh jirim yang lain.



                   Kadar Resapan dalam Tiga Keadaan Jirim

                   Pernahkah anda terfikir bahawa bau minyak wangi dapat
                   dihidu selepas disembur walaupun dari tempat yang agak          Apakah tujuan
                   jauh? Mengapa? Penyebaran bau seperti ini, sebenarnya           memanaskan minyak
                                                                                   aromatik seperti dalam
                   disebabkan oleh zarah-zarah bau yang terlalu halus bergerak     gambar foto di bawah?
                   dalam zarah-zarah udara. Zarah-zarah ini bergerak secara
                   rawak dalam pelbagai arah dan menyebabkan bau wangian
                   itu tersebar. Kita boleh katakan bahawa resapan telah
                   berlaku. Resapan ialah proses pergerakan zarah-zarah jirim
                   dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang
                   berkepekatan rendah.



















                                                 Zarah minyak wangi
                      Zarah udara


                                                       Rajah 5.9 Resapan minyak wangi
                    148
                    148  Bab 5
                         Bab 5
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163