Page 156 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 156

Zarah-zarah jirim sentiasa berlanggar antara satu sama             Tiga keadaan jirim
                   lain.  Apabila tenaga haba dibekalkan kepada sesuatu jirim,            idahoptv.org/
                   zarah akan bergerak lebih laju. Sebaliknya, zarah bergerak             sciencetrek/topics/
                   lebih perlahan apabila disejukkan.                                     matter/facts.cfm
                       Jirim wujud dalam tiga keadaan yang berlainan,
                   iaitu pepejal, cecair dan gas. Contoh tiga keadaan jirim               Video bahan
                   ditunjukkan dalam Rajah 5.7.                                           dan keadaannya






























                             Pepejal                       Cecair                         Gas

                       Cawan seramik berada           Madu berada dalam          Wap yang terhasil daripada
                       dalam keadaan pepejal            keadaan cecair            teh panas berada dalam
                                                                                      keadaan gas

                                                  Rajah 5.7 Tiga keadaan jirim


                       Air merupakan satu-satunya bahan di muka bumi ini yang wujud secara semula jadi
                   dalam ketiga-tiga keadaan. Contohnya, air wujud dalam keadaan cecair pada suhu bilik.
                   Apabila disejukkan, air berubah menjadi ais. Air yang dipanaskan pada suhu 100°C pula
                   akan berubah menjadi stim.












                       Ais merupakan air dalam     Air wujud dalam keadaan      Stim merupakan air dalam
                          keadaan pepejal           cecair pada suhu bilik           keadaan gas
                    146  Bab 5
                    146
                         Bab 5
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161