Page 155 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 155

b 5: J
                                                                           ge
                                                                                a
                                                                          n
                                                                        Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                                                                        P Ba
                                                                        Bab 5: Jirim  p ad a P e n y i as a ta n S a in t ifi k
                                                                             na
                                                                         e
                                                                                 n ke
                                                                              irim
                                                                               l
                       5.2        Tiga Keadaan Jirim
                      •  Mengitlakkan bahawa jirim terdiri daripada zarah.
                      •  Membandingkan dan membezakan tiga keadaan jirim berdasarkan teori kinetik dari segi susunan dan
                        pergerakan zarah-zarah.
                      •  Menggunakan perhubungan antara ruang dengan masa bagi membezakan kadar resapan dalam tiga
                        keadaan jirim, iaitu pepejal, cecair dan gas.
                      •  Memerihalkan perubahan keadaan jirim dari segi pergerakan zarah akibat daripada penyerapan dan
                        pembebasan haba berdasarkan teori kinetik.
                      •  Merumuskan bahawa suhu kekal semasa proses peleburan, pembekuan dan pendidihan.
                      •  Merumuskan bahawa jisim kekal tidak berubah semasa perubahan fizik.
                      •  Menjelaskan perubahan keadaan jirim dalam kehidupan harian dengan mengemukakan contoh.


                       irim terdiri daripada zarah-zarah yang seni. Zarah-zarah ini amat kecil sehinggakan
                      Jtidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar mahupun menerusi mikroskop
                    cahaya. Zarah-zarah tersebut hanya boleh dilihat menerusi mikroskop elektron.


                                            5.4
                         Tujuan: Menunjukkan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah seni yang diskret

                         Bahan dan radas: Hablur kuprum(II) sulfat, air, bikar.
                         Prosedur
                         1.  Kacau beberapa hablur kuprum(II) sulfat di dalam sebuah
                            bikar berisi air.
                         2.  Tambahkan 50 ml air ke dalam bikar.  Perhatikan sebarang                 Air
                            perubahan warna larutan (Rajah 5.5).
                         3.  Ulang langkah 2 dan catatkan pemerhatian anda.
                                                                                 Hablur kuprum(II) sulfat
                         Soalan
                         1.  Apakah yang dapat diperhatikan apabila lebih banyak air    Rajah 5.5
                            ditambah? Jelaskan pemerhatian anda.
                         2.  Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada aktiviti ini?




                       Mari kita jalankan Aktiviti 5.4 untuk memahami konsep jirim yang terdiri daripada
                    zarah kecil dan diskret.




                                                                                      Ahli sains bahan
                                                Teori kinetik jirim menyatakan        ialah seseorang yang
                                                 bahawa jirim terdiri daripada        mengkaji komposisi
                                               zarah-zarah halus yang diskret dan     dan sifat-sifat jirim
                                              sentiasa bergerak pada semua arah.
                                                                                      yang digunakan dalam
                                                                                      pelbagai bidang seperti
                                                                                      pertanian, perindustrian
                                                                                      dan perubatan.
                                          Rajah 5.6 Teori kinetik jirim
                                                                                                      145
                                                                                                Bab 5
                                                                                                Bab 5  145
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160