Page 139 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 139
Menulis
Galeri Numismatik
Nyatakan persamaan dan perbezaan
AKTIVITI antara mata wang dahulu dengan mata
Berikan makna perkataan dan rangkai wang sekarang.
kata yang berwarna merah dalam
petikan, kemudian bina ayat bagi T
menjelaskan maksudnya. E
M
A
Mohan, Haliza, dan May Ling telah berkunjung ke Galeri Numismatik di Muzium dan
Galeri Seni, Bank Negara Malaysia. Mereka ingin membuat kajian tentang sejarah mata 11
wang di Malaysia.
Sejarah perkembangan wang bermula dengan evolusi tamadun manusia sejak tahun 2000
Sebelum Masihi (SM) yang lalu. Manusia menggunakan sistem barter atau sistem tukar
barang sebelum adanya wang berbentuk logam, contohnya kulit binatang, pedang, barang
tembaga, dan hasil pertanian. Penemuan logam lembut seperti emas, perak, dan tembaga
menjadi titik tolak kepada sejarah penggunaan wang daripada pelbagai bahan logam.
Mata wang Johor Mata wang Melaka Mata wang Kedah
Duit syiling emas zaman Sultan • Pitis dan setengah pitis zaman Tarra tembaga yang digunakan
Abdul Jalil Shah II (1571 – 1597) Sultan Muzaffar Shah semasa pemerintahan Sultan
• Kupang emas bentuk bulat. (1445 – 1459). Dhiauddin Mukarram Shah
• Kupang emas bentuk segi • Setengah pitis zaman Sultan (1661 – 1687).
lapan. Mansur Shah (1459 – 1477).
Mata wang Kelantan
3.1.1
Pitis Kelantan ini telah digunakan pada tahun 1904. Sebahagian besar pitis Kelantan dibuat dengan
menggunakan acuan yang berbentuk pohon pitis. Kaedah dari negara China ini mula diperkenalkan
semasa pemerintahan Dinasti Tang (618 – 906).
(Sumber: Muzium dan Galeri Seni, Bank Negara Malaysia)
3.1.1 125
125

