Page 140 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 140

Seni Bahasa

                                  Ulang Tahun ke-59 Dewan Bahasa dan Pustaka



                                                                 Sejarah Dewan Bahasa dan Pustaka
                                     AKTIVITI                 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), atau nama
                          Sediakan teks pengacaraan majlis    asalnya Balai Pustaka, ditubuhkan pada 22 Jun
                          berdasarkan bahan, kemudian         1956 di Johor Bahru, Johor. Pada ketika itu,
                          persembahkan teks pengacaraan tersebut.
           T                                                  DBP merupakan sebuah jabatan kecil di bawah
           E                                                  Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah
           M        untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pada peringkat awal,
           A
                    DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bahru. Hasil Kongres Bahasa
          11        dan Persuratan Melayu ke-III di Singapura dan Johor Bahru pada 16 hingga 21 September
                    1956, pihak kerajaan telah menerima cadangan untuk menukar nama Balai Pustaka kepada
                    Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur
                    dan ditempatkan di bekas wad hospital di Jalan Young. Pada 31 Januari 1962, DBP telah
                    berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama atau Jalan Dewan Bahasa.
                       Bermula pada tahun 1977, DBP Cawangan Sabah di Kota Kinabalu, DBP Cawangan
                    Sarawak di Kuching, DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, DBP Wilayah Timur di Kota
                    Bharu, dan DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru telah dibuka. Kini, DBP beroperasi di bangunan
                    ibu pejabat yang baharu, iaitu Menara Dewan Bahasa dan Pustaka. Bangunan yang terletak
                    di Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur ini turut menempatkan pejabat DBP Wilayah Tengah.
                                                                                    (Sumber: www.dbp.gov.my)

                                             ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN
                                                    ULANG TAHUN DBP

                         8:30 pagi:      Ketibaan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka
                         8:45 pagi:      Ketibaan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka
                                         –  Nyanyian Lagu Negaraku dan Dewan Bahasa
                                         –  Bacaan Doa
                                         –  Tayangan Video “Sejarah Dewan Bahasa dan Pustaka”
                                         –  Ucapan Alu-aluan Ketua Pengarah DBP
                                         –  Persembahan Deklamasi Puisi
                                         –  Ucapan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka
                                           dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan
                         1:00 tengah hari:   Majlis Bersurai












                    126             4.4.1
                    126
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145